jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Kunjungan Hormat Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan ke Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

SEREMBAN, 3 Oktober 2025 – Pengarah Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Negeri Sembilan, Puan Hanis Anisha binti Jamilludin, bersama Penolong Pengarah, Pegawai Syariah dan beberapa kakitangan JBG Negeri Sembilan telah mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bertempat di Bilik Mesyuarat Syeikh Dato’ Haji Murtadza, Aras 16, Menara MAINS.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengukuhkan jalinan kerjasama strategik antara JBG dan MAINS dalam usaha membantu masyarakat menangani pelbagai isu berkaitan undang-undang, khususnya dalam bidang kekeluargaan syariah, kaunseling rumah tangga, serta pengurusan harta orang Islam.

Sepanjang pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman berkaitan isu-isu semasa serta cabaran dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. JBG dan MAINS turut menyatakan komitmen bersama untuk memperluas capaian perkhidmatan kepada masyarakat, agar mereka mendapat manfaat daripada pelbagai kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh kedua-dua agensi ini.

Kunjungan hormat ini telah disambut mesra oleh YBrs. Tuan Haji Zainal bin Said, Setiausaha MAINS, bersama barisan Pengarah-Pengarah Jabatan dan Pegawai MAINS.

Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak MAINS atas sambutan yang amat baik serta kesediaan untuk terus bekerjasama dalam memperkukuh usaha membantu masyarakat mendapatkan akses kepada keadilan dan bimbingan undang-undang.

  465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
  465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n