jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Ceramah Peranan dan Fungsi Pendamping Guaman bersama Timbalan Pendakwa Raya Kes Jenayah Seksual

PORT DICKSON, 4 Oktober 2025 – Jabatan Bantuan Guaman (JBG) telah dijemput untuk menyampaikan ceramah berkaitan “Peranan dan Fungsi Pendamping Guaman” kepada Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan kes-kes jenayah seksual.

Program ini telah dianjurkan oleh Unit Jenayah Seksual dan Keganasan Domestik, Jabatan Peguam Negara, dan berlangsung di Avillion Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Tuan Mohd Farizul bin Hassan Bakri, Pengarah Bahagian Peguam Panel dan Pendamping Guaman, Jabatan Bantuan Guaman, dengan bantuan Puan Hanis Anisha binti Jamilludin, Pengarah JBG Negeri Sembilan.

Program ini turut melibatkan kehadiran pegawai-pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang memainkan peranan penting dalam pengurusan kes-kes berkaitan jenayah seksual dan keganasan domestik.

Melalui penganjuran program sebegini, JBG kekal komited dalam perkongsian ilmu dan pengalaman, khususnya dalam bidang pendampingan guaman, bagi memperkasa kefahaman serta meningkatkan kualiti perkhidmatan antara agensi yang terlibat dalam sistem keadilan jenayah negara.

465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n