jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Mesyuarat Pengarah Negeri Jabatan Bantuan Guaman Bil. 3/2025

LANGKAWI, 7 – 9 Oktober 2025 – Mesyuarat Pengarah Negeri Bil. 3/2025 telah berlangsung dengan jayanya di Awana Resort World, Langkawi, melibatkan penyertaan semua Pengarah Negeri dan Ketua Cawangan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dari seluruh Malaysia.

Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi membincangkan isu-isu strategik, menilai pencapaian semasa, serta memperkukuh hala tuju jabatan dalam usaha mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan bantuan guaman di seluruh negara.

Selain membincangkan aspek pentadbiran dan dasar, mesyuarat ini turut menekankan komitmen JBG untuk terus menyediakan perkhidmatan bantuan guaman yang lebih inklusif, efisien dan berkesan, selaras dengan matlamat jabatan dalam memastikan akses kepada keadilan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n