A- A A+

Literasi Undang-Undang dan Kunjung Hormat JBG Negeri Pahang ke Pejabat Felda Kota Gelanggi, Jerantut Pahang

4 Januari 2024 - Program Literasi Undang-Undang Dan Kunjungan Hormat Jabatan Bantuan Guaman(JBG) Negeri Pahang di Pejabat Felda Kota Gelanggi 02, Jerantut, Pahang bertempat di Bilik Mesyuarat yang dihadiri oleh Puan Najwa binti Hashim, Puan Safawati binti Ahmad Rohani dan Puan Hasni Adura binti Abd Jabar bersama En.Muhamad Faizal bin Ishak (Pengurus) dan Encik Zahrol Effendi bin Zulkifli. Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk membincangkan kolaborasi antara jabatan bersama Felda bagi tujuan program promosi dan kesedaran undang-undang kepada masyarakat setempat khususnya masyarakat di Negeri Pahang. Antara pengisian program yang akan diadakan nanti adalah taklimat berkaitan JBG Pahang dan juga klinik bergerak Jabatan Bantuan Guaman yang menawarkan khidmat nasihat undang-undang dan bantuan guaman kepada masyarakat di FELDA yang berkelayakan di bawah Akta Bantuan Guaman 1971

 

419315401 796092432564367 7960293389269068950 n 419142703 796092415897702 7414080334591655666 n
419179165 796092515897692 4208128455516266507 n