Kursus Pemahaman Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah Tahun 2023
Bahagian Syariah Ibu Pejabat JBG telah mengadakan Kursus Pemahaman Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah Tahun 2023 pada 20 hingga 22 Jun 2023 (Selasa - Khamis) di Hotel Flamingo Ampang, Selangor. Kursus ini telah disertai oleh Pegawai Syariah, Pegawai Undang-Undang, Penolong Pegawai Syariah dan Penolong Pegawai Undang-Undang dari seluruh cawangan JBG.
Penceramah yang dijemput bagi kursus ini adalah :
1) YA Tuan Mohamed Fouzi bin Mokhtar, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.
2) YA Tuan Zulfikri bin Yasoa, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor.