A- A A+

Konvensyen Komunikasi Media Madani

    Tajuk Program Konvensyen Komunikasi Media Madani Jabatan Bantuan Guaman Selangor
  Tarikh : 26 Julai 2023
  Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
  Tempat : Pusat Konvensyen Shah Alam
  Penganjur : Kementerian Komunikasi dan Digital 

357496883 688680479972230 650126821196650154 n tile

Bengkel Pembangunan Pelan Strategik JBG 2024-2028

Bengkel Pembangunan Pelan Strategik JBG 2024-2028 telah diadakan pada 10 Julai hingga 12 Julai 2023 di Hotel Holiday Inn, Melaka. Bengkel ini dihadiri oleh YBhg. Dato’ Norazmi Mohd Narawi, Ketua Pengarah JBG, YBrs. Puan Arleen Ramly, Timbalan Ketua Pengarah (Sivil), YBrs. Tuan Zaim Md. Yudin, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah), Pegawai dari Ibu Pejabat dan Pegawai dari Cawangan dengan jumlah peserta seramai 38 orang. 3 orang Pegawai MAMPU telah dijemput sebaga penceramah dan fasilitator dan membantu JBG dalam menyediakan draf awal Pelan tersebut sebelum dimuktamadkan.

347555758 680398880800390 5029503929126954562 n   348285193 680398860800392 1522449521116669874 n
356426970 680398864133725 2821472976463053232 n 

Kursus Pemahaman Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah Tahun 2023

Bahagian Syariah Ibu Pejabat JBG telah mengadakan Kursus Pemahaman Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah Tahun 2023 pada 20 hingga 22 Jun 2023 (Selasa - Khamis) di Hotel Flamingo Ampang, Selangor. Kursus ini telah disertai oleh Pegawai Syariah, Pegawai Undang-Undang, Penolong Pegawai Syariah dan Penolong Pegawai Undang-Undang dari seluruh cawangan JBG.
Penceramah yang dijemput bagi kursus ini adalah :
1) YA Tuan Mohamed Fouzi bin Mokhtar, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.
2) YA Tuan Zulfikri bin Yasoa, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor.

 

photo 6100427893923493163 y   photo 6100427893923493133 y
photo 6100427893923493150 y

photo 6100427893923493161 y

photo 6100427893923493115 y

Pelantikan Ketua Pengarah JBG yang baharu

3 Julai 2023 - Selamat datang diucapkan kepada YBhg. Dato’ Norazmi bin Mohd Narawi yang memulakan tugas sebagai Ketua Pengarah JBG berkuat kuasa pada 3 Julai 2023. YBhg. Dato’ Norazmi secara rasmi telah menerima nota serah tugas daripada YBhg. Dato’ Wan Jeffry bin Kassim, mantan Ketua Pengarah JBG, untuk terus meneraju kepimpinan seluruh warga JBG.
Seluruh warga JBG menzahirkan komitmen terhadap kepimpinan YBhg. Dato’ dan akan bersama-sama memastikan JBG sebagai satu agensi peneraju perkhidmatan bantuan guaman untuk memberi akses kepada keadilan.

357406435 674838594689752 6479581260173054724 n   357723370 674857638021181 1265840425640999202 n
357725340 674857904687821 4900401158244298217 n  

358031050 674857761354502 895266966841131735 n

357728122 674857641354514 7090305065527206251 n

Bengkel Penyediaan Tatacara Pengendalian Piawai Permohonan / Tuntutan Kos Bagi Kes Syariah

Bahagian Syariah Ibu Pejabat JBG telah mengadakan Bengkel Penyediaan Tatacara Pengendalian Piawai (Standard Operating Procedure (SOP)) Permohonan / Tuntutan Kos Bagi Kes Syariah Tahun 2023 pada 3 hingga 5 Julai 2023 (Isnin - Rabu) di Hotel Best Western i-City, Shah Alam, Selangor.
Penceramah dan Fasilitator yang dijemput bagi bengkel ini ialah YA Tuan Mohamed Fouzi bin Mokhtar, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

photo 6131819642386233228 y   photo 6134071442199919640 y
photo 6134339018662458843 y  

photo 6136347688967452361 y

photo 6136466148460443344 y