A- A A+

Program Kesedaran Masyarakat JBG Negeri Perlis

Jabatan Bantuan Guaman Perlis, telah menyertai program seperti mana yang berikut:

(a)  Tarikh  : 12 Februari 2020 (Rabu)
(b) Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
(c) Tempat  Ruang legar JKSN Perlis
(d) Anjuran   JBG Perlis
 (e) Jenis Program : Literasi Undang - Undang

Program ini bertujuan memberi perkhidmaan nasihat dan bantuan guaman kepada orang awam sama ada dalam kes-kes sivil, jenayah atau syariah. Menerusi program kali ini, seramai 7 orang pengunjung telah hadir.

1

 

Program Radio KLfm bersama JBG Kuala Lumpur

Jabatan Bantuan Guaman Kuala Lumpur, telah menyertai program seperti mana yang berikut:

(a)  Tajuk : Pengenalan kepada Jabatan Bantuan Guaman
(b) Tarikh : 12 Februari 2020 (Rabu)
(c) Masa : 2.30 petang
(d) Anjuran   KLfm
(e) Jenis Program : Nadi Kotal KL
(f) Tetamu  :

1) Cik Faizah bt Md Yusof

    Penolong Pengarah (Syariah)

2) Encik Christopher Enteri Anak Mawan

    Penolong Pengarah (Sivil)

3) Puan Shanur Farrahin bt Shapri

    Penolong Pengarah Kanan (Sivil)

nadikotakl

 

Program Kesedaran Masyarakat JBG Pulau Pinang

Jabatan Bantuan Guaman Pulau Pinang, telah menyertai program seperti mana yang berikut:

(a)  Tarikh  : 18 Oktober 2019
(b) Masa : 9.00 pagi - 4.30 petang
(c) Tempat  Kompleks Mahkamah Butterworth
(d) Anjuran  JBG Negeri Pulau Pinang
 (e) Jenis Program : Klinik Guaman JBG

Program ini bertujuan memberi perkhidmaan nasihat dan bantuan guaman kepada orang awam sama ada dalam kes-kes sivil, jenayah atau syariah. Menerusi program kali ini, seramai 10 orang pengunjung telah hadir.

1 

2

3

 

Pembentangan Kertas Cadangan Kolaborasi antara Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)

(a)  Nama Program :

 

Pembentangan Kertas Cadangan Kolaborasi antara Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk menambaik baik perkhidmatan bantuan guaman di Negeri Melaka

 

(b) Tarikh Program :

 

8 Oktober 2019

 

(c) Masa

 

2.30 petang

 

(d) Wakil Jabatan

a) Puan Siti Salwa binti Musa 

    Ketua Pengarah JBG

b) Tuan Muhamad Abdul Karim bin Wahab

    Timbalan Ketua Pengarah (Syariah)

 

Jabatan Bantuan Guaman telah membuat pembentangan kertas cadangan kolaborasi antara Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) pada 08 Oktober 2019 bertempat di Aras 4, Bilik Mesyuarat MMKN, Seri Negeri, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka. Pembentangan ini adalah untuk memberi penerangan Cadangan Kerjasama Antara Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) untuk menambahbaik perkhidmatan bantuan guaman Malaysia.

JBG telah diwakili oleh Puan Siti Salwa binti Musa (Ketua Pengarah) dan Tuan Muhamad Abdul Karim bin Wahab (Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) dalam pembentangan kertas cadangan ini. Pegawai JBG yang turut serta hadir bersama ialah Puan Mazlina binti Hussain (Pengarah Litigasi dan Nasihat (Syariah), Tuan Saharuddin bin Selamat (Pengarah Pengantaraan (Syariah) dan Puan Nurmadiana binti Mamat (Pengarah JBG Negeri Melaka).

Pembentangan ini telah dibuat dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Melaka yang dipengerusikan oleh YAB Tuan Hj. Adly bin Zahari, Ketua Menteri Melaka.

1

4

2 3
   
 

Kunjung Hormat ke Pejabat YAA Ketua Hakim Syarie

(a)  Nama Program :

 

 Kunjung Hormat ke Pejabat YAA Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Negeri Melaka

 

(b) Tarikh Program :

 

8 Oktober 2019

 

(c) Masa

 

10.30 pagi

 

(d) Wakil Jabatan

a) Puan Siti Salwa binti Musa 

    Ketua Pengarah JBG

b) Tuan Muhamad Abdul Karim bin Wahab

    Timbalan Ketua Pengarah (Syariah)

 

Jabatan Bantuan Guaman telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat YAA Datuk Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) pada 08 Oktober 2019 bertempat di Mahkamah Syariah Negeri Melaka, Kompleks Mahkamah Syariah Melaka, Jalan Ayer Keroh Lama, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka. Kunjungan ini adalah untuk membincangkan mengenai langkah-langkah penambahbaikan perkhidmatan bantuan guaman di Negeri Melaka terutamanya yang melibatkan kes-kes syariah selaras dengan peruntukan dan keperluan undang-undang semasa.

Di samping itu, pihak JBG juga ingin memaklumkan kepada YAA Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Negeri Melaka berkaitan pembentangan kertas cadangan kolaborasi antara Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) pada 08 Oktober 2019 bertempat di Aras 4, Bilik Mesyuarat MMKN, Seri Negeri, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka.

JBG telah diwakili oleh Puan Siti Salwa binti Musa (Ketua Pengarah), Tuan Muhamad Abdul Karim bin Wahab (Timbalan Ketua Pengarah (Syariah), Puan Mazlina binti Hussain (Pengarah Litigasi dan Nasihat (Syariah), Tuan Saharuddin bin Selamat (Pengarah Pengantaraan (Syariah) dan Puan Nurmadiana binti Mamat (Pengarah JBG Negeri Melaka).

Kunjungan hormat daripada JBG ini telah disambut oleh YAA Datuk Mohd Nadzri bin Abdul Rahman (Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Negeri Melaka) dan Tuan Mohamad Ridzuan bin Zainudin (Pegawai Penyelidik Kanan, Unit Dasar & Penyelidikan MSNM).

1

2

3