SOALAN LAZIM BAGI FI DAN SUMBANGAN DI JABATAN BANTUAN GUAMAN
1. Berapakah fi pendaftaran bagi khidmat bantuan guaman di bawah kendalian Jabatan Bantuan Guaman?
Fi pendaftaran bagi khidmat bantuan guaman di bawah kendalian JBG adalah seperti berikut: | |||||||||||
|
|||||||||||
(Rujukan: Peraturan 2 dibaca bersama Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Fi dan Sumbangan) 2017 [P.U.(A) 371/2017]) |
2. Apakah kelayakan untuk mendapatkan bantuan guaman?
Terdapat dua (3) kategori kelayakan untuk mendapatkan bantuan guaman iaitu: | |
|
3. Apakah perbezaan antara Kategori I dan Kategori II dan Kategori III di atas?
Pemohon di bawah Kategori I hanya perlu membayar fi pendaftaran dan dikecualikan daripada membuat sumbangan, manakala pemohon di bawah Kategori II perlu membayar fi pendaftaran dan juga sumbangan. |
4. Berapakah amaun sumbangan yang perlu dibayar oleh pemohon di bawah Kategori II dan Kategori III?
Amaun sumbangan yang perlu dibayar oleh pemohon adalah tertakluk kepada Ujian Kemampuan yang dijalankan oleh Pegawai Penyiasat untuk mengetahui sumber kewangan dan tanggungan pemohon. Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Fi dan Sumbangan) (Pindaan) 2023 [[P.U(A) 129/2023] memperuntukkan amaun sumbangan adalah seperti yang berikut: |
Kategori |
Sumber Kewangan |
Pendaftaran |
Sumbangan |
Pertama |
RM50,000 setahun dan ke bawah |
RM10.00 |
- |
Kedua |
RM50,001 hingga RM55,000 setahun |
RM10.00 |
RM500.00 – RM2,000.00 |
Ketiga |
RM55,001 hingga RM60,000 setahun |
RM10.00 |
RM2,001.00 – RM3,000.00 |
Keempat |
RM60,001 hingga RM65,000 setahun |
RM10.00 |
RM3,001.00 – RM4,000.00 |
Kelima |
RM65,001 hingga RM70,000 setahun |
RM10.00 |
RM4,001.00 – RM5,000.00 |
Keenam | RM70,001 dan keatas | RM10.00 | RM5,001.00 - RM50,000.00 |
(Rujukan: Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Fi dan Sumbangan) (Pindaan) 2023 [P.U(A) 129/2023]). |
5. Apakah sumber kewangan dan tanggungan pemohon yang diambil kira dalam Ujian Kemampuan?
Sumber kewangan yang diambil kira bagi Ujian Kemampuan adalah gaji dan lain-lain pendapatan pemohon, manakala tanggungan pemohon yang diambil kira adalah sumbangan untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), cukai pendapatan yang dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Zakat Pendapatan, Caruman Wajib Tabung Angkatan Tentera (LTAT), pinjaman perumahan pertama serta tanggungan isi rumah (pelepasan diri dan anak). |
|
(Peraturan 4 dan Jadual, Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Kriteria dan Ujian Kemampuan) (Pindaan) 2022 [P.U.(A) 281/2022] dan Arahan Ketua Pengarah Bil.2 Tahun 2022: Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) Ujian Kemampuan) |
6. Adakah amaun sumbangan boleh dibayar secara ansuran?
Amaun sumbangan tidak boleh dibayar secara ansuran. Arahan Ketua Pengarah (Perundangan) Bil. 2/2023 telah menetapkan agar amaun sumbangan yang perlu dibayar hendaklah dijelaskan secara sekaligus sebelum pendaftaran fail di JBG. | |
7. Apakah yang akan berlaku sekiranya pemohon gagal untuk membayar sumbangan yang ditetapkan?
Jika pemohon gagal untuk membayar sumbangan dalam tempoh 30 hari, perakuan bantuan guaman kepada pemohon akan dibatalkan. | |
(Rujukan: Perenggan 7(1)(b), Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman 2017 [P.U.(A)369/2017]) |