
Sejarah Penubuhan
1954
Cadangan penubuhan Biro Bantuan Guaman.
1954
1960

Menerima sepucuk surat yang ditulis oleh "Orthopaedic Almoner" yang ditempatkan di Hospital Besar Kuala Lumpur yang meminta supaya nasihat guaman percuma diberikan kepada pesakit yang mengalami "residual disabilities" yang serius yang pampasan boleh diberikan jika mereka diwakili dari segi undang-undang.
Pertubuhan wanita juga mendesak Kerajaan supaya bertindak bagi membantu wanita dan anak-anak mereka dalam tuntutan nafkah terhadap suami mereka dan penjaga kanak-kanak.
Nasihat dan bantuan guaman hanya terhad kepada:-
- kakitangan Kerajaan dalam prosiding undang-undang berhubung dengan tugas rasmi (melalui Peraturan-peraturan Pegawai-pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Perintah-perintah Am Bab "D") 1969).
- Orang miskin dalam "forma pauperis" (melalui Kaedah-Kaedah Mahkamah Agung 1957).
- Orang yang dituduh atas kesalahan jenayah melibatkan hukuman mati (melalui Kanun Tatacara Jenayah).
Oktober 1969
Perkara ini telah dirujuk kepada Peguam Negara dan beliau menyokong saranan ini.Kemudiannya perkara ini telah dirujuk kepada Kementerian Kehakiman yang kemudiannya meminta nasihat daripada Majlis Peguam yang juga menyokong skim yang dicadangkan ini. Suatu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji perkara ini.
Oktober 1969
September 1970

Suatu projek perintis telah dilancarkan dengan menyediakan khidmat nasihat bantuan guaman sahaja.
Sejumlah RM100,000 telah diperuntukkan untuk tujuan ini. Disebabkan oleh dana yang terhad, adalah perlu skim ini dihadkan bidang kuasanya hanya untuk prosiding tertentu sahaja.
Keutamaan telah diberikan kepada kes kes kekeluargaan yang dikenal pasti memerlukan bantuan segera seperti tuntutan nafkah, penguatkuasaan perintah nafkah dan sebagainya.
September 1970
Biro Bantuan Guaman telah ditubuhkan
September 1970
1985
Biro diletakkan di bawah Jabatan Peguam Negara
Mei 1995
Apabila tertubuhnya Kementerian Undang-Undang, Biro diletakkan di bawah Kementerian Undang-Undang.
Mei 1995
Jun 1995
Diletakkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.
16 Januari 2010
Nama Biro Bantuan Guaman telah ditukar kepada Jabatan Bantuan Guaman.
16 Januari 2010