A- A A+

Pendamping Guaman

Soalan Lazim [ Pendamping Guaman ]

1. Apakah Khidmat Pendamping Guaman?

 

Khidmat pendamping guaman adalah khidmat yang diberikan kepada seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa mana-mana kesalahan jenayah seksual.

 

2.Siapakah Yang Layak Mendapat Khidmat Pendamping Guaman?

  Pengantaraan-

  1. Kanak-Kanak yang menjadi mangsa kesalahan jenayah seksual dan berumur di bawah 18 tahun.
  2. Pemohon mestilah masih seorang kanak-kanak pada masa prosiding dimulakan di mahkamah.
  3. Kanak-kanak mangsa kesalahan jenayah seksual tersebut mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia.

 

3. Apakah Tugas Pendamping Guaman?

Kes-kes yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga Akta 26 yang sesuai untuk khidmat pengantaraan di JBG ialah:

  1. Tugas pendamping guaman adalah memberikan khidmat nasihat guaman kepada mangsa atau penjaga yang hadir bagi pihak mangsa yang terlibat dalam perbuatan jenayah seksual. Khidmat nasihat guaman ini adalah meliputi prosedur membuat laporan polis (sekiranya tiada laporan polis dibuat), prosedur semasa siasatan polis dan prosedur di mahkamah. Selain itu, nasihat guaman juga diberikan dari segi tuntutan sivil yang boleh dimulakan oleh orang yang dibantu seperti gantirugi dalam bentuk kewangan atas kesusahan yang telah dialami mangsa semasa kejadian dan tekanan psikologi yang memerlukan mangsa mendapatkan rawatan secara berterusan dari pakar.
  2. Untuk mendampingi kanak-kanak mangsa kesalahan jenayah seksual dalam mana-mana prosiding di mahkamah, dan dengan kebenaran mahkamah, untuk bercakap bagi pihak orang yang dibantu (jika perlu).

 

4. Siapakah Yang Boleh Membuat Permohonan Khidmat Pendamping Guaman?

  1. Penjaga mangsa/pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat/mangsa sendiri boleh hadir ke mana-mana cawangan JBG untuk mendapatkan khidmat pendamping guaman bagi kanak-kanak mangsa jenayah seksual.

 

5. Adakah JBG Berhak Untuk Menolak Permohonan Untuk Mendapatkan Khidmat Pendamping Guaman?

  1. Ya, JBG berhak untuk menolak permohonan sekiranya Pengarah Negeri/ Ketua Cawangan/Ketua Pengarah Bantuan Guaman berpendapat bahawa khidmat pendamping guaman tersebut tidak wajar ditawarkan kepada mangsa.

 

6. Berapakah Jumlah Bayaran Yang Akan Dikenakan?

  1.  Fi pendaftaran sebanyak RM10.00 akan dikenakan.
  2. Sumbangan juga perlu diambil sekiranya penjaga melepasi ujian kelayakan yang dijalankan.(Rujukan Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Fi & Sumbangan) 2017)

 

7. Apakah Dokumen Yang Diperlukan Sewaktu Pendaftaran Khidmat Pendamping Guaman?

Dokumen yang diperlukan sewaktu pendaftaran khidmat pendamping guaman adalah:

  1. Laporan polis;
  2. Salinan sijil kelahiran dan myKid mangsa;

  3. Salinan kad pengenalan ibubapa/penjaga;

  4. Maklumat pekerjaan ibubapa/penjaga;

  5. Penyata gaji ibubapa/penjaga (dikecualikan jika penjaga adalah pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat); dan

  6. Perakuan dari majikan/penghulu (sekiranya tiada penyata gaji/tidak berkerja).

 

8. Bilakah Permohonan Khidmat Pendamping Guaman Boleh Dibuat?

  1. Permohonan khidmat pendamping guaman boleh dibuat pada bila-bila masa selepas laporan polis dibuat.

 

9. Bilakah Khidmat Pendamping Guaman Boleh Ditamatkan?

       Khidmat pendamping guaman boleh ditamatkan apabila:

  1. Mangsa telah mencapai umur 18 tahun.
  2. Perbicaraan telah selesai.
  3. Atas permintaan orang yang dibantu.
  4. Penjaga tidak memberi kerjasama kepada pendamping guaman sewaktu mewakili orang yang dibantu.