A- A A+

Program Semarak Kasih Ramadan 2023 anjuran Mahkamah Syariah Negeri Melaka dengan kerjasama Kelab Kebajikan Sukan Dan Rekreasi dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Melaka

11 April 2023 - Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Negeri Melaka telah menyertai Program Semarak Kasih Ramadan 2023 anjuran Mahkamah Syariah Negeri Melaka dengan kerjasama Kelab Kebajikan Sukan Dan Rekreasi dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Melaka. Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh YAA Datuk Mohd Nadzri Bin Hj Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka. Di dalam ucapan perasmiannya, beliau mengharapkan agar semua pegawai yang terlibat dalam program ini dapat melihat dan menghayati penderitaan golongan marhaen yang boleh memberi impak dalam tugas seharian.
JBG Melaka telah menyertai program ini buat pertama kalinya pada tahun ini. Pegawai dan kakitangan yang terlibat di dalam program ini adalah Puan Faizah binti Md Yusof (Pegawai Syariah), Puan Norhazilawati binti Alias (Penolong Pegawai Undang-Undang) dan Encik Mohd Nazri bin Mohamad @ Yusop (Pembantu Syariah).
Sebanyak 150 pek sumbangan berbentuk barangan keperluan asas telah diagihkan kepada penerima sumbangan seramai 150 orang yang terdiri daripada fakir miskin dan fisabilillah sekitar negeri Melaka yang mana konvoi penyerahan sumbangan melibatkan sebanyak 15 buah kenderaan.
JBG Melaka mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mahkamah Syariah Negeri Melaka dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Melaka kerana telah menjemput JBG Melaka menyertai program ini pada tahun 2023.

rree43 rree4223