A- A A+

Program Literasi Undang-Undang bersama Warga Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Terengganu.

10 Ogos 2023 - Program Literasi Undang-Undang bersama Warga Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Terengganu. Ceramah bertajuk " Pengenalan JBG " telah disampaikan oleh Pegawai Undang-Undang/Penolong Pengarah JBG Terengganu, Puan Yuhanis binti Mohd Roslan dan Penolong Pegawai Undang-Undang JBG Terengganu Puan Asmaulfajriah binti Ali @ Mat Ali.
Ribuan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan JTK Terengganu kerana sudi berkolaborasi bersama JBG Terengganu untuk memperkasakan kesedaran undang-undang dikalangan warga agensi dan masyarakat.
365243228 697550725751872 1916615713214771791 n 366368329 697550685751876 2147198478340420754 n
366937040 697550872418524 4444681996016260097 n

Program Jerayawara Kasih KPWKM @ Advokasi Antigangguan Seksual

3 Ogos 2023 - Jabatan Bantuan Guaman Negeri Selangor telah dijemput oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masayarakat menerusi Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Selangor untuk mengadakan Booth Pameran Informasi kepada peserta-peserta yang hadir untuk program tersebut. Program tersebut diadakan bertujuan untuk :
i)   Memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat mengenai gangguan seksual;
ii)  Menyebarluaskan pemakaian garis panduan dan notis gangguan seksual kepada semua lapisan masyarakat;
iii) Menyampaikan maklumat berkenaan bantuan dan perkhidmatan psikososial yang disediakan oleh KPWKM terutama dalam menangani gangguan seksual; dan
iv) Menjalinkan kolaborasi strategik dengan semua pihak bagi meningkatkan pencegahan dan kesedaran antigangguan seksual.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Seri Hajah Nancy binti Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Puan Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta para peserta program yang sudi meluangkan masa untuk berkunjung ke Booth Pameran JBG Selangor

 

365446555 693231362850475 6709036905854634590 n 362991830 693231326183812 7078251449850138390 n (1)

Program Kesedaran Masyarakat dan Klinik Guaman

    Tajuk Program Pameran JBG
  Tarikh : 30 Julai 2023
  Masa : 8.00 pagi-2.00 petang
  Tempat : Dataran Bukit Pasir Muar, Johor
  Penganjur : Jabatan Bantuan Guaman Muar

20230730 104109 20230730 104717  
20230730 111553 20230730 111605  
 

Festival Sambutan Maal Hijrah 1445 Hijrah

Jabatan Bantuan Guaman Pejabat Negeri Sarawak telah dijemput menyertai pameran festival tersebut anjuran Lembaga Kebajikan Amanah Masjid Negeri Sarawak pada 28 Julai 2023 hingga 30 Julai 2023 di perkarangan Masjid Jamek di Kuching.

 

363380465 692548196252125 3286668244560376251 n 364770033 692548172918794 485239879324829022 n  
365119864 692548232918788 7854731430515635307 n 365143547 692548209585457 2670208421575348689 n