8 Januari 2025 - Pihak Halal Industry Management Society (HIMS) UiTM Shah Alam telah menjemput Jabatan Bantuan Guaman Selangor bagi memberikan ceramah di dalam Program Career Talk Bicara Halal@Undang-Undang berkenaan dengan tajuk “Hak Wanita dalam Perkahwinan” kepada kakitangan dan pelajar UiTM Shah Alam serta orang awam. Program bertempat di Dewan Muktamar 2, Masjid UITM Shah Alam pada jam 10.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Terima kasih diucapkan kepada pihak UiTM Shah Alam atas undangan dan kerjasama yang diberikan kepada JBG Negeri Selangor.Diharapkan kolaborasi yang diadakan antara dua pihak dapat memberikan manfaat kepada masyarakat.
Rabu, 8 Januari 2024 : Satu pertemuan penting telah diadakan antara Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Delegasi ini telah diwakili oleh Tuan Mohd Zaki bin Abd Rahman, Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah, Tuan Hardi bin Alias, Ketua Penolong Pengarah dan Tuan Mohd Arip bin Omar, Pegawai Syariah Kanan. Pertemuan ini telah disambut baik oleh Tuan Mohd Suraidi bin Saad, Ketua Pegawai Agihan, Lembaga Zakat Negeri Kedah. Pihak-pihak berkesempatan membincangkan perkembangan terkini mengenai kes asnaf yang menerima bantuan zakat serta isu-isu berbangkit yang memerlukan perhatian bersama. Pertemuan ini menyaksikan semangat kerjasama yang kukuh antara Jabatan Bantuan Guaman Kedah dan Lembaga Zakat Negeri Kedah untuk memastikan setiap individu yang layak mendapat hak mereka melalui bantuan zakat. Kedua-dua pihak bertekad untuk terus meningkatkan keberkesanan agihan zakat dan memperkukuh peranan mereka dalam membantu golongan asnaf, terutamanya yang berdepan dengan cabaran undang-undang dan perundangan. |
|
18 Disember 2024 (Rabu) :- Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Pelaporan Dana Majlis Agama Islam Negeri Johor yang telah disalurkan kepada JBG Negeri Johor dan JBG Cawangan Muar bagi membantu golongan asnaf yang terpilih yang bagi tujuan bantuan guaman di JBG Negeri Johor dan JBG Cawangan Muar tersebut. Mesyuarat ini juga bertujuan bagi membincangkan hala tuju dan isu-isu berbangkit bagi menambah baik gerak kerja dan seterusnya mengeratkan hubungan baik di antara JBG dan MAINJ. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor iaitu Tuan Haji Hasrin Kamal Bin Hashim dan pihak JBG diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman iaitu YBhg Dato’ Norazmi Bin Mohd Narawi. Mesyuarat ini telah diadakan di Dewan Syura, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor Jalan Masjid Abu Bakar 8000 Johor Bahru Johor pada jam 10.00 pagi - 12.00 tengah hari. Hadir sama dalam mesyuarat ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) Tuan Haji Nassir Bin Abdul Aziz, Pengarah JBG Negeri Johor Puan Thalha Binti Bachok @ Embok Mok, Ketua Cawangan JBG Cawangan Muar Tuan Khir Nizam Bin Jemari, Pengarah Bahagian Litigasi dan Nasihat (Syariah) Puan Rosedaliyaty Binti Daud, Pengarah Bahagian Pengantaraan (Syariah) Puan Siti Salwa Mohd Noh @ Ghazali, dan Pegawai-Pegawai JBG. JBG dan Delegasi yang diketuai oleh YBhg Dato Ketua Pengarah Dato’ Norazmi Bin Mohd Narawi juga mengambil kesempatan untuk mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAINJ bagi tujuan memperkenalkan delegasi JBG disamping mengucapkan tahniah kepada CEO MAINJ yang memulakan tugas pada 1 Oktober 2024. Semoga kerjasama yang baik ini dapat di teruskan dan memberikan manfaat kepada golongan asnaf Negeri Johor. |
|
13 Disemberi 2024 - Jabatan Bantuan Guaman(JBG) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) hari ini telah mengadakan Majlis Menandatangani Nota Kerjasama untuk menambahbaik perkhidmatan dan pemberian bantuan guaman MAIWP di Menara MAIWP, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman, Dato Norazmi bin Mohd Narawi. Pihak MAIWP dan JBG menjalinkan kerjasama ini khusus bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan berkaitan dengan kes-kes perbicaraan di Mahkamah mulai daripada tahun 2018. Berdasarkan laporan Bantuan Guaman Syarie JBG-MAIWP, sehingga kini sebanyak 419 kes melibatkan golongan yang kurang berkemampuan berjaya diselesaikan melalui program kerjasama ini. Hadir sama dalam majlis tersebut Timbalan Ketua Pengarah (Syariah),Tn Hj Nassir bin Abdul Aziz, Pengarah Bahagian Litigasi dan Nasihat (Syariah), Pn Rosedalliyaty bt Daud, Pengarah Bahagian Pengantaraan (Syariah), Pn Siti Salwa Mohd Nor @ Ghazali, Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Kuala Lumpur, Pn Sazlinidayu bt Kamarul Bahrin serta pegawai pegawai JBG. |
|
- Program Toleransi Sifar Keganasan @ Advokasi Antigangguan Seksual Sarawak Tahun 2024
- Kunjungan Hormat ke Penjara Puncak Borneo, Sarawak
- Kunjungan Hormat JBG ke Pejabat Ketua Pengarah Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
- Ceramah Perundangan Jenayah dan Juvana kepada murid-murid dan warga sekolah