A- A A+

KLINIK GUAMAN SIVIL DI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA DAERAH KULIM

Selasa, 23 April 2024 : Klinik Guaman Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah telah diadakan dengan jayanya di Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kulim, Kedah.
Sesi taklimat ringkas telah diadakan sebelum memulakan program. Pelbagai isu dan cabaran telah dibincangkan bersama. Pihak Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah dan JPNM Negeri Kedah saling bertukar pandangan, cadangan dan ilmu sepanjang pertemuan pada hari ini.
Hadir bersama adalah Puan Faraisha Adira Binti Yahya, Pengarah JPNM Negeri Kedah, Penolong-Penolong Pengarah Bahagian dan pegawai-pegawai Bahagian Perkahwinan dan Perceraian (BKC) Negeri Kedah. Manakala, Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah telah diwakili oleh Puan Idarudzana Binti Jusoh, Puan Nur Syamimi Binti Salim dan dibantu oleh Puan Noor Shahana Binti Yakob.
Diharapkan kolaborasi strategik di antara dua jabatan ini dapat diperkukuhkan dan memberi manfaat kepada orang awam khususnya. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan.
439342590 861428859364057 6311167517774061314 n 439319770 861429026030707 2081927664837594539 n
439036046 861428772697399 1744611204612994182 n