A- A A+

Program Justice On Wheels (JOW) Jabatan Bantuan Guaman di Kuala Kubu Bharu

30 April 2024 (Selasa). Program Justice On Wheels (JOW) Jabatan Bantuan Guaman telah diadakan pada hari ini dengan kehadiran YB Dato' Sri Azalina Othman Said, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) sempena dengan lawatan kerja di Mahkamah Kuala Kubu Bharu. Kehadiran YB Menteri telah disantuni dan diberi taklimat oleh Ketua Pengarah JBG, Dato' Norazmi bin Mohd Narawi. Program (JOW) adalah satu program khususnya kepada masyarakat diluar bandar mendapatkan khidmat nasihat bagi semua permasalahan undang-undang yang dihadapi oleh mereka. Program (JOW) ini juga adalah salah satu usaha mempromosikan aktiviti JBG seterusnya melonjakan lagi visi dan misi JBG bagi memberi perkhidmatan guaman yang berkualiti dan profesional bagi menjamin akses kepada keadilan.
1w 2qw
8gfbc 7uytvn