jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

RUU Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2025: Satu Sejarah Baharu Akses Keadilan untuk Rakyat

Kuala Lumpur, 25 Ogos 2025 – Jabatan Bantuan Guaman (JBG) melakar sejarah baharu apabila Rang Undang-Undang (RUU) Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2025 dibentangkan untuk bacaan kedua di Parlimen hari ini.

RUU ini merupakan langkah penting selaras dengan aspirasi YAB Perdana Menteri yang diumumkan dalam Belanjawan 2023, bagi mewujudkan sebuah akta khusus yang menyediakan perkhidmatan bantuan guaman percuma bagi kes jenayah, khususnya untuk rakyat berpendapatan rendah agar mereka tidak terpinggir daripada mendapatkan keadilan.

Dengan penggubalan RUU ini, Akta Bantuan Guaman 1971 akan dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang baharu yang lebih komprehensif, merangkumi bidang sivil, syariah dan jenayah, serta memperkukuh tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan agar lebih cekap dan berstruktur.

RUU ini turut digubal melalui proses libat urus menyeluruh bersama pelbagai pihak berkepentingan termasuk Majlis Peguam, Sabah Law Society, Advocates Association of Sarawak serta kementerian dan agensi berkaitan.

Antara teras utama RUU ini ialah penegasan bahawa setiap individu mempunyai hak untuk membela diri mengikut undang-undang. Sekiranya seseorang tidak berupaya menikmati hak tersebut akibat kekangan tertentu, maka menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan hak itu dipelihara secara adil.

RUU ini memperkukuh perkhidmatan JBG yang meliputi:
✅ Nasihat guaman
✅ Bantuan guaman dalam prosiding sivil & syariah
✅ Khidmat pendamping guaman
✅ Khidmat pengantaraan
✅ Perkhidmatan pembelaan awam dalam kes jenayah

Dengan pelaksanaan undang-undang baharu ini kelak, JBG menegaskan komitmennya untuk memastikan akses kepada keadilan diberikan kepada semua rakyat, tanpa mengira latar belakang atau kemampuan kewangan.

465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n  
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n  
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n