jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

“Justice on Wheels” 2025: JBG Sabah Bawa Perkhidmatan Guaman Terus kepada Rakyat

Selasa, 26 Ogos 2025 | Putatan, Sabah – Siri jelajah “Justice on Wheels” (JoW) 2025 anjuran Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Negeri Sabah telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), dalam satu majlis rasmi yang diadakan di Dewan Sri Putatan, Sabah.

Majlis pelancaran turut dihadiri oleh YB Datuk Awang Ahmad Sah bin Haji Awang Sahari, Pembantu Menteri Pelancongan merangkap ADUN N.23 Petagas, YBhg. Datuk Zamri bin Misman, Ketua Pengarah BHEUU, YBhg. Dato' Norazmi bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Bantuan Guaman, Puan Herlina binti Muse, Pengarah JBG Sabah serta Encik Masawi bin Haji Salleh, Pegawai Daerah Putatan.

Inisiatif Justice on Wheels ini merupakan salah satu pendekatan Kerajaan MADANI bagi memastikan perkhidmatan bantuan guaman dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat, khususnya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman dan jauh dari bandar.

Antara pengisian utama program ialah:

Taklimat RUU Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2025 oleh YBhg. Dato' Norazmi bin Mohd Narawi.

Sesi berkaitan isu mangsa jenayah dalam kalangan kanak-kanak oleh Puan Syafiqah Fasiha binti Ahmad Safri, Pegawai Tadbir Sektor Reformasi Undang-Undang BHEUU.

Lebih 300 pengunjung, terdiri daripada wakil agensi kerajaan dan penduduk setempat, hadir memeriahkan program. Selain sesi ceramah, pegawai JBG Sabah turut mengadakan slot literasi undang-undang dan memberi khidmat nasihat guaman secara bergerak (mobile) kepada orang awam.

Pelaksanaan siri jelajah ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan tiada rakyat yang terpinggir daripada mendapatkan akses kepada keadilan, selaras dengan aspirasi Kerajaan Madani.

JBG Sabah merakamkan penghargaan kepada Pejabat Daerah Putatan serta semua pihak yang telah menjayakan penganjuran program ini.

465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n