jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Umum

Jabatan Bantuan Guaman (JBG) ialah suatu jabatan kerajaan yang memberikan khidmat bantuan guaman kepada mereka yang layak berpandukan Akta Bantuan Guaman 1971. Melalui perkhidmatan ini, rakyat yang kurang berkemampuan berpeluang mendapat perkhidmatan guaman pada kadar yang lebih rendah daripada Kerajaan sebagai alternatif kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh peguam swasta.

Bidang kuasa JBG adalah meliputi perkara berikut:

1) Nasihat guaman atas segala perkara

2) Bantuan guaman dalam perihal prosiding (Litigasi) perkara-perkara berikut : 

i)   Perkara Jenayah

ii)  Perkara Sivil (sivil pelbagai)

iii) Perkara kekeluargaan sivil

iv) Perkara kekeluargaan syariah

3) Pengantaraan bagi kes syariah dan sivil

4) Khidmat Pendamping Guaman

Pengantaraan

  1.  JBG menyediakan perkhidmatan pengantaraan kepada semua warganegara Malaysia. Pengantaraan ialah proses di mana pihak-pihak yang bertikai menyelesaikan pertikaian mereka secara sukarela dan damai dengan bantuan pihak ketiga yang dikenali sebagai pengantara.
  2. Khidmat pengantaraan disediakan kepada orang yang dibantu dalam perkara yang berkaitan mana-mana prosiding yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga Akta Bantuan Guaman 1971.
  3. Jika pihak-pihak menandatangani perjanjian persetujuan untuk pengantaraan, pertikaian akan diselesaikan dalam tempoh 30 hari melalui sidang pengantaraan yang dihadiri oleh kedua-dua pihak.
  4. Pihak-pihak digalakkan untuk menggunakan khidmat pengantaraan bagi menyelesaikan pertikaian secara baik tanpa melalui proses perbicaraan yang rumit di Mahkamah memandangkan kaedah pengantaraan lebih menjimatkan masa dan kos serta boleh mencapai satu “situasi menang - menang”.

 

Jenis-jenis kes yang sesuai untuk pengantaraan ialah:-

Pengantaraan Sivil

  1. Nafkah isteri dan anak-anak
  2. Aset perkahwinan
  3. Kebajikan anak-anak
  4. Terma-terma pembubaran perkahwinan di bawah petisyen bersama
  5. Kemalangan kenderaan motor yang tidak melibatkan syarikat insurans
  6. Tuntutan pengguna
  7. Harta pusaka kecil

 

Pengantaraan Syariah

  1. Nafkah isteri
  2. Nafkah iddah
  3. Nafkah anak
  4. Tunggakan nafkah
  5. Ubah perintah nafkah
  6. Hak jagaan anak
  7. Mutaah
  8. Hibah
  9. Wasiat
  10. Hutang perkahwinan
  11. Gantirugi pertunangan
  12. Harta sepencarian

Khidmat Bantuan Guaman

Prosiding Jenayah, Sivil dan Syariah


JBG juga menyediakan perkhidmatan bantuan guaman berkenaan apa-apa prosiding mahkamah kepada warganegara Malaysia yang layak di bawah Akta Bantuan Guaman 1971.

 

Jadual di bawah menunjukkan had kelayakan orang yang dibantu berhubung perkhidmatan bantuan guaman dalam perihal prosiding jenayah, sivil, dan syariah serta fi dan sumbangan yang dikenakan:-

Kategori Sumber Kewangan Pendaftaran
Sumbangan
Pertama RM50,000 setahun dan ke bawah RM10 -
Kedua RM50,001 hingga RM55,000 setahun RM10 RM500 – RM2,000
Ketiga RM55,001 hingga RM60,000 setahun RM10 RM2,001– RM3,000
Keempat RM60,001 hingga RM65,000 setahun RM10 RM3,001– RM4,000
Kelima

RM65,001 hingga RM70,000 setahun

RM10 RM4,001– RM5,000
Keenam

Melebihi RM70,001 setahun

(perlu mendapat kelulusan Menteri)

RM10 RM5,001-RM50,000

 *tertakluk kepada terma dan syarat

 

i) Prosiding Jenayah

Khidmat bantuan guaman dalam kes jenayah adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Bantuan Guaman 1971 yang meliputi kes-kes:

  1. Semua prosiding jenayah yang tertuduh dan kanak-kanak tidak diwakili oleh peguam mengaku salah kepada pertuduhan dan ingin membuat mitigasi untuk meringankan hukuman berkenaan dengannya;
  2. Prosiding jenayah terhadap kanak-kanak di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611]; dan
  3. Prosiding jenayah di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336].

 

Kursus Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan Khidmat Pendamping Guaman

Tarikh   : 30 & 31 Oktober 2018
Tempat  :  Dewan Saksama, Aras 2
Bangunan Hal Ehwal Undang Undang
Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62692 Putrajaya.
Penyertaan  :  Terhad kepada 25 orang peserta sahaja dikalangan peguam swasta
Yuran Pendaftaran  : RM180.00 bagi setiap peserta
Pendaftaran  : Selewat-lewatnya pada 10 Oktober 2018 (Rabu)

 

Sila hubungi Puan Zuzila binti Othman atau Puan Norihan binti Ahmad di talian 03-88851805 atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk pendaftaran dan penerangan lanjut

Pengantaraan

Bahagian Pengantaraan (Syariah)


1. Menyediakan khidmat pengantaraan melalui proses-proses berikut:

  a)  Mengadakan fungsi pengantaraan dalam tempoh (30) tiga puluh hari dari tarikh perjanjian persetujuan untuk pengantaraan ditandatangani 
  b) Menyaksikan pihak-pihak menandatangani perjanjian persetujuan untuk pengantaraan
  c)  Menjalankan pengantaraan setelah sesuatu kes didaftarkan
  d) Menyediakan perjanjian penyelesaian selepas penyelesaian dicapai oleh pihak-pihak dalam sesi pengantaraan
  e) Menyaksikan pihak-pihak menandatangani perjanjian penyelesaian
  f) Menyerahkan fail kes yang telah melalui proses pengantaraan kepada Bahagian Litigasi dan Nasihat (Syariah) untuk merekodkan penghakiman persetujuan di mahkamah
  g) Mengemaskini Buku Daftar Kes Pengantaraan (Syariah) dan sistem SPK JBG bagi setiap sidang pengantaraan yang diadakan
  h) Menyediakan pliding berkenaan kes yang telah menandatangani perjanjian penyelesaian untuk di bawa ke mahkamah


a) Mengadakan fungsi pengantaraan dalam tempoh (30) tiga puluh hari dari tarikh perjanjian persetujuan untuk pengantaraan ditandatangani
b) Menyaksikan pihak-pihak menandatangani perjanjian persetujuan untuk pengantaraan
c) Menjalankan pengantaraan setelah sesuatu kes didaftarkan
d) Menyediakan perjanjian penyelesaian selepas penyelesaian dicapai oleh pihak-pihak dalam sesi pengantaraan
e) Menyaksikan pihak-pihak menandatangani perjanjian penyelesaian
f) Menyerahkan fail kes yang telah melalui proses pengantaraan kepada Bahagian Litigasi dan Nasihat (Syariah) untuk merekodkan penghakiman persetujuan di mahkamah
g) Mengemaskini Buku Daftar Kes Pengantaraan (Syariah) dan sistem SPK JBG bagi setiap sidang pengantaraan yang diadakan
h) Menyediakan pliding berkenaan kes yang telah menandatangani perjanjian penyelesaian untuk di bawa ke mahkamah

2. Mengemaskini statistik dan laporan berkaitan Pengantaraan Syariah setiap bulan bagi ibu pejabat dan cawangan JBG seluruh Malaysia.
3. Memantau, menyelia dan memberikan bantuan perlu kepada cawangan JBG berhubung dengan khidmat Pengantaraan Syariah.
4. Memberi penerangan tentang fungsi dan peranan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) kepada mesyarakat dan orang ramai berkaitan dengan undang-undang Syariah.