Jumaat, 30 Ogos 2024 Jabatan Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjalankan Pusat Khidmat Setempat di sekitar Kuala Lumpur. Objektif program ini adalalah untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat umum mengenai kewujudan Jabatan Bantuan Guaman serta memberi penerangan ringkas mengenai perkhidmatan yang disediakan. |
|
Selasa, 03 September 2024, YBhg. Dato’ Norazmi bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah pasca Program Satu Pemimpin, Satu Kampung, Santuni MADANI yang bertempat di PPR Paya Nahu, Sungai Petani, Kedah. |
|
Isnin, 2 September 2024, Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah telah dijemput untuk menyertai Program Santuni Madani yang diadakan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Paya Nahu, Sungai Petani. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Peguam Negara dan dirasmikan oleh Peguam Negara, YBhg. Datuk Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh. |
|
Rabu, 28 Ogos 2024 Muzakarah Pegawai Pengantara JBG Tahun 2024 telah berlangsung pada 26 hingga 28 Ogos 2024 di Hotel Geno Shah Alam. Muzakarah ini telah dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Sivil) YBrs Puan Arleen binti Ramly, pengarah-pengarah bahagian JBG serta semua pegawai pengantara JBG dari seluruh Malaysia. Program Muzakarah Pegawai Pengantara tahun 2024 merupakan program yang julung kali diadakan. Antara Agenda Muzakarah ini ialah Mesyuarat Pegawai Pengantara, ceramah dari Pakar Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Bengkel Pindaan SOP Pengantaraan. Antara objektif Muzakarah Pegawai Pengantara diadakan adalah; |
|
Sabtu, 24 Ogos 2024, Program Justice on Wheels (JoW) Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sarawak telah berlangsung di Kampung Long Tuan Trusan Lawas, Sarawak dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr Johari bin Abdul; Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat. Program juga turut dihadiri oleh dif-dif kehormat termasuklah: i. YB Tuan Kula M. Segaran A/L V. Murugeson ii. Yang Berhormat Senator Datuk Wira Dr Mohd Hatta bin Md Ramli iii. Yang Berhormat Dato’ Dr Henry Sum Agong iv. Yang Berhormat Tuan Hassan bin Abdul Karim v. Yang Berhormat Datuk Willie Anak Mongin vi. Yang Berhormat Dato’ Dr Zulkafperi bin Hanapi Program dihadiri oleh warga Long Tuan Trusan dengan kehadiran lebih kurang 150 orang termasuklah pemimpin-pemimpin masyarakat setempat. Program JoW adalah merupakan program khusus untuk menyantuni masyarakat di luar bandar dan pedalaman bagi memberikan khidmat nasihat kepada semua permasalahan undang-undang yang dihadapi oleh mereka sekaligus mewakilkan mereka sebagai anak guam sekiranya memenuhi kriteria serta syarat yang digariskan. Tujuan JoW juga adalah untuk mempromosikan aktiviti JBG seterusnya melonjakkan lagi visi dan misi JBG bagi memberi perkhidmatan guaman yang berkualiti dan profesional bagi menjamin akses kepada keadilan. Pihak JBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak pengurusan yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga beroleh manfaat. |
|