A- A A+

Reruai Program Hari Sumber Manusia dan Sambutan Hari Kesihatan Mental Dunia

17 OKTOBER 2024 (Khamis)– Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Negeri Selangor telah dijemput untuk membuka reruai pameran berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Bantuan Guaman Selangor dalam program Hari Sumber Manusia dan Sambutan Hari Kesihatan Mental Dunia anjuran Majlis Perbandaran Kajang  bertempat di Lobi Menara Majlis Perbandaran Kajang. Terima kasih kepada Majlis Perbandaran Kajang atas jemputan dan diharap kolaborasi antara dua Jabatan ini dapat memberikan manfaat kepada rakyat Selangor secara umumnya.
463240731 985537963619812 5816038608828073931 n 463742712 985537806953161 2851420179172759181 n
   

Program Jelajah Literasi Undang-Undang Sekolah oleh Jabatan Bantuan Guaman Negeri Perlis

16 Oktober 2024 | Rabu - Program Jelajah Literasi Undang-Undang Sekolah oleh Jabatan Bantuan Guaman Negeri Perlis di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, Kangar, Perlis. Tuan Mohd Alif Farhan bin Hassan, Pengarah JBG Perlis telah menyampaikan ceramah jenayah seksual kanak-kanak kepada 270 peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 3. Program ini memberikan pendedahan dan pemahaman terkait perundangan terhadap jenayah di kalangan kanak-kanak serta pengenalan perkhidmatan JBG. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan di atas kerjasama dalam usaha merealisasikan program.
463533714 985997106907231 8066365179754515014 n 463669219 985997206907221 1942532215575289711 n
463747556 985997186907223 3546565731129193695 n 463820697 985997183573890 4034894746576243952 n

Kursus Pensijilan Pengantaraan Jabatan Bantuan Guaman tahun 2024

Isnin, 14 Oktober 2024 – Kursus Pensijilan Pengantaraan Jabatan Bantuan Guaman tahun 2024 di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Ucapan pembukaan kursus ini telah diadakan dengan kehadiran Ketua Pengarah JBG, YBhg Dato Norazmi bin Mohd Narawi. Kursus Pensijilan Pengantaraan Jabatan Bantuan Guaman tahun 2024 merupakan program yang julung kali diadakan bersama pihak USIM. Kursus ini dihadiri seramai 30 peserta dari pihak JBG .
462764695 983027540537521 426565365404875995 n 463043482 983018573871751 7219687897057156707 n
 463230388 983018577205084 4965063730291453240 n 463308016 983018563871752 374071458869557237 n

Taklimat Fungsi dan Peranan Jabatan Bantuan Guaman Terengganu

Isnin, 14 Oktober 2024 – Lawatan Mahasiswa Fakulti Undang- Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dan sesi taklimat Fungsi dan Peranan Jabatan Bantuan Guaman Terengganu. Seramai 20 Mahasiswa Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Bantuan Guaman Terengganu. Sesi taklimat berkenaan peranan dan fungsi JBG telah diberikan oleh Pengarah JBG Terengganu Puan Zulfazliah binti Mahmud, Puan Nur Amalina Najwa binti Mohd Ali, Puan Norsuzila binti Yahaya dan Puan Nor Hafizah binti Mohamed.
462909756 983071913866417 6708977433948208534 n 463204418 983072633866345 6143394796767737522 n
   

Reruai Program Hari Santuni Jiwa

16 OKTOBER 2024 (Rabu)– Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Negeri Selangor telah dijemput untuk membuka satu reruai(booth) pameran berkaitan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di Jabatan Bantuan Selangor di dalam program Hari Santuni Jiwa yang telah dianjurkan oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Selangor di dewan Seksyen 6 Shah Alam, Selangor. Terima kasih kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor atas jemputan dan diharapkan kolaborasi yang diadakan antara dua Jabatan ini dapat memberikan manfaat kepada rakyat Selangor secara umumnya.
463025799 984640923709516 7700120146403518714 n 463482246 984640770376198 3392129451917999210 n