A- A A+

Pengenalan Peguam Panel

Peguam panel Jabatan Bantuan Guaman ialah peguam-peguam swasta, terdiri daripada Peguambela dan Peguamcara yang mempunyai sijil amalan guaman yang sah dan telah dilantik oleh Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman untuk mengendalikan kes-kes sivil dan syariah yang diserahkan oleh pihak Jabatan dengan kadar bayaran tertentu yang akan ditanggung oleh pihak Jabatan.

Jenis-jenis kes yang boleh diserahkan kepada peguam panel ialah;

  1. Kes-kes di mana sekiranya kedua-dua pihak layak untuk mendapat bantuan guaman.
    Pengarah Jabatan Bantuan Guaman tidak boleh mewakili atau bertindak bagi mana-mana pihak atau kedua-dua pihak kepada pertikaian berkenaan.
  2. Kes-kes yang melibatkan isu undang-undang yang rumit dan kompleks.
  3. Kes-kes lain yang boleh menyebabkan wujudnya percanggahan kepentingan sekiranya diwakili oleh Jabatan Bantuan Guaman.