Lawatan ke Rumah Kanak-Kanak Mini Ulu Tiram, Johor
JBG Cawangan Johor telah mengadakan lawatan ke Rumah Mini Kanak-Kanak Ulu Tiram, Johor. Program ini telah dijalankan pada Isnin, 16 April 2018 pada jam 2.30 petang hingga jam 4.30 petang.
(a) | Tarikh | : | 16 April 2018 (Isnin) |
(b) | Masa | : | 9.00 pagi - 4.30 petang |
(c) | Tempat | : | Rumah Mini Kanak-Kanak Ulu Tiram, Johor |
(d) | Jenis Program | : | Klinik Bantuan Guaman, Johor |
Program ini bertujuan untuk:
- Mendapatkan maklumat tentang objektif penubuhan rumah perlindungan tersebut;
- Menjalinkan kerjasama erat antara Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
- Melihat secara dekat bagaimana pengurusan bagi kanak-kanak yang ditempatkan di institusi tersebut dilaksanakan; dan
- Mempromosikan khidmat pendamping guman kepada institusi tersebut.
Institusi tersebut telah dirasmikann pada 16 Jun 2015 dan kini dihuni oleh 27 orang kanak-kanak. Institusi tersebut ditubuhkan untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak sama ada yang menjadi mangsa jenayah seksual, mangsa penderaan secara fizikal atau mangsa pengabaian ahli keluarga. Institusi ini dikendalikan oleh seramai 18 orang kakitangan.
Di akhir program ini, Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Negeri Johor telah berjaya mencapai objektif lawatan tersebut dan telah mempromosikan Akta Bantuan Guaman (Pindaan 2017) dan khidmat pendamping guaman kepada institusi tersebut.
>