A- A A+

Kunjung Hormat YAA Dato' KP Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ke Jabatan Bantuan Guaman

Kunjung hormat YAA Dato’ Dr. Mohd Naim bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ke Jabatan Bantuan Guaman (JBG) telah diadakan pada 30 April 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Ketua Pengarah JBG, Aras 1, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, Presint 3, Putrajaya. Kunjungan ini adalah untuk membincangkan mengenai pelbagai isu antaranya perkembangan terkini JBG, perjawatan pegawai syariah di JBG, program kerjasama JBG dan Majlis Agama Islam Negeri, tuntutan kos tindakan oleh JBG di Mahkamah, usahasama JKSM dan JBG dalam memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dan perbincangan awal dapat dilakukan antara kedua-dua agensi bagi memperhalusi dan memurnikan penjadualan kursus-kursus yang melibatkan Pegawai Syariah di JBG agar tidak berlakunya pertindihan jadual dan sebagainya.

 

Pihak Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah dihadiri oleh:

  1. YAA Dato’ Dr. Mohd Naim bin Hj. Mokhtar (Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM))
  2. Tuan Abdul Fatah bin Kamaruddin (Pegawai Syariah JKSM)
  3. Puan Munira Salina binti Saleh (Penolong Pegawai Penerangan)

1

 

2

 

3