A- A A+

Mesyuarat Program Anjuran JBG-YBGK di LPPKN Pulau Pinang


Pada tarikh 21 Februari 2023, Pihak Ibu Pejabat JBG Putrajaya telah mengadakan mesyuarat dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bertempat di Pusat Keluarga LPPKN Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Pihak Ibu Pejabat telah diwakili oleh Tuan Zaim bin Md Yudin, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) bersama tiga orang pegawai dari Ibu pejabat.Manakala pihak JBG Pulau Pinang turut hadir bersama Puan Choo Hueay Ting bersama dua orang pegawai.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr Azura bt Abdullah yang membincangkan persiapan tempat dan perancangan program yang akan dilaksanakan pada 15 Mac 2023 di LPPKN Bertam iaitu program Kerjasama Antara JBG dan YBGK. Pihak JBG juga telah dibawa melawat dan meninjau di sekitar bangunan LPPKN Bertam. Pihak LPPKN berbesar hati dengan kehadiran pihak JBG dan mengalu-alukan kehadiran JBG dan sedia memberi kerjasama dengan pihak JBG dimasa hadapan.

1q   2rf
3fe   4re