A- A A+

Kunjung Hormat dan Perbincangan Kerjasama Strategik antara JBG dan Fakulti Undang-Undang, UKM

JBG telah mengadakan Kunjungan Hormat dan perbincangan bagi program kerjasama strategik antara JBG dan Fakulti Undang-Undang (FUU), UKM pada 6 Mac 2023. Delegasi ini JBG diketuai oleh YBhg. Dato' Wan Jefry bin Kassim, Ketua Pengarah JBG bersama YBrs. Puan Rusita binti Md Lazim, Timbalan Ketua Pengarah (Sivil), YBrs. Tuan Zaim bin Md Yudin, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah), YBrs. Puan Rosedalliyaty binti Daud, Pengarah Bahagian Litigasi dan Khidmat Nasihat (Syariah), YBrs. Puan Siti Salwa binti Mohd Nor @ Ghazali, Pengarah Bahagian Pengantaraan (Syariah) dan YBhg Tuan Izzat Syazli bin Murshid, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengantaraan (Syariah).

FUU UKM sebagai tuan rumah diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Jady@Zaidy Hassim, Dekan FUU bersama YBrs. Dr. Mohamad Helmi Md. Said (TD HEJIM), Dr. Mohamad Azhan Yahya (Ketua HEJIM) serta ahli Klinik Literasi & Bantuan Guaman FUU dan ahli pengurusan FUU.

Pertemuan ini membincangkan kerjasama antara JBG dan FUU dalam program Latihan Industri Pelajar, perbincangan kerjasama program literasi & klinik guaman kepada masyarakat dan kerjasama dalam memberikan hebahan berkaitan fungsi dan perkhidmatan bantuan guaman yang disediakan oleh JBG.
Pihak FUU UKM menyambut baik kunjungan hormat ini dan sedia meneruskan perbincangan lanjutan bagi melancarkan program kerjasama yang akan diteruskan.

1ertw   6ygt
44reg   9987yh