A- A A+

Program Jerayawara Kasih KPWKM @ Advokasi Antigangguan Seksual

3 Ogos 2023 - Jabatan Bantuan Guaman Negeri Selangor telah dijemput oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masayarakat menerusi Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Selangor untuk mengadakan Booth Pameran Informasi kepada peserta-peserta yang hadir untuk program tersebut. Program tersebut diadakan bertujuan untuk :
i)   Memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat mengenai gangguan seksual;
ii)  Menyebarluaskan pemakaian garis panduan dan notis gangguan seksual kepada semua lapisan masyarakat;
iii) Menyampaikan maklumat berkenaan bantuan dan perkhidmatan psikososial yang disediakan oleh KPWKM terutama dalam menangani gangguan seksual; dan
iv) Menjalinkan kolaborasi strategik dengan semua pihak bagi meningkatkan pencegahan dan kesedaran antigangguan seksual.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Seri Hajah Nancy binti Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Puan Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta para peserta program yang sudi meluangkan masa untuk berkunjung ke Booth Pameran JBG Selangor

 

365446555 693231362850475 6709036905854634590 n 362991830 693231326183812 7078251449850138390 n (1)