A- A A+

Lawatan Kerja Rasmi Ketua Pengarah JBG ke Pejabat JBG Negeri Johor

20 November 2023 – YBhg. Dato’ Norazmi bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Malaysia telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jabatan Bantuan Guaman Negeri Johor pada hari Isnin, 20 November 2023. Lawatan kerja rasmi ini telah disambut oleh Puan Thalha Binti Bachok, Pengarah JBG Negeri Johor bersama pegawai-pegawai dan kakitangan JBG Negeri Johor. Dato’ Ketua Pengarah telah dibawa meninjau ruangan pejabat dan kemudahan yang telah disediakan. Seterusnya telah diberi taklimat oleh Pengarah JBG Negeri Johor. Sesi lawatan kerja ini bertujuan untuk Dato’ Ketua Pengarah melihat dan mendengar sendiri masalah dan isu-isu yang berbangkit di Jabatan Bantuan Guaman Negeri Johor bagi meningkatkan lagi tahap perkhidmatan bantuan guaman kepada rakyat Negeri Johor di samping menjalinkan hubungan silaturrahim dengan warga kerja Jabatan Bantuan Guaman Negeri Johor. Jabatan Bantuan Guaman Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kesudian YBhg. Dato’ Norazmi bin Mohd Narawi menyantuni warga kerja Jabatan Bantuan Guaman Negeri Johor.

3 2
1

 

Mesyuarat Penyelarasan Antara Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Negeri Johor dan Majlis Agama Islam Johor (MAINJ)

20 November 2023 - Muar, Johor YBrs. Tuan Za’im Bin Md Yudin, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Bantuan Guaman (Syariah) pada hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Antara Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Negeri Johor dan Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) bertempat di Bilik Mesyuarat, JBG Cawangan Muar, Johor. Mesyuarat ini bertujuan membincangkan status kes yang telah dikendalikan oleh JBG Johor dan pembentangan laporan jumlah dana yang telah disalurkan oleh pihak MAINJ kepada JBG Negeri Johor. Pihak-pihak juga pada dasarnya bersetuju untuk meneruskan kerjasama ini bagi memberi manfaat kepada lebih ramai pemohon yang layak menerima bantuan dana MAINJ melalui JBG Negeri Johor. Pihak MAINJ juga telah bersetuju untuk meluluskan dana tambahan baharu bagi maksud tersebut. Turut hadir di mesyuarat tersebut adalah YBrs. Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, pegawai-pegawai daripada Ibu Pejabat JBG, MAINJ dan pegawai-pegawai JBG Negeri Johor.

1 2

 

Klinik Guaman Mahkamah Majistret Dungun, Terengganu.

KHAMIS : 23 November 2023, JBG Terengganu bersama warga Dungun di Klinik Guaman yang diadakan di Mahkamah Majistret Dungun, Terengganu. Beberapa kes yang melibatkan pelanggan telah berjaya didaftarkan melalui sesi khidmat nasihat undang- undang dan juga pendaftaran kes kepada yang layak untuk diwakili di Mahkamah. Pihak JBG Terenggganu merakamkan ribuan terima kasih kepada Mahkamah Majistret Dungun diatas kolaborasi bersama JBG dan diharapkan akan terus diperkasakan dari semasa ke semasa.

404047182 762047559302188 6302854910500487215 n 404218151 762047519302192 9090188317030583676 n (1)
404325742 762047585968852 5346860986106825453 n 404342906 762047609302183 1544345154401117627 n

 

Pameran Persidangan Antarabangsa Kaunselor (ICEC) Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2023

18-19 Oktober 2023 - Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Ibu Pejabat, Putrajaya telah membuka booth di Pameran Persidangan Antarabangsa Kaunselor (International Conference Education Counselor) (ICEC) Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia di Everly Hotel Putrajaya. Majlis Perasmian Penutupan Persidangan Antarabangsa Kaunselor Pendidikan (ICEC) 2023 telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek.
Booth JBG telah mendapat kunjungan dan sambutan hangat daripada pengunjung serta memberikan pamplet pelbagai kes dibawah bidangkuasa JBG. Disamping itu, turut dikongsikan maklumat berkaitan JBG serta khidmat yang ditawarkan oleh JBG kepada golongan yang memerlukan dan berkelayakan dari segi khidmat nasihat perundangan dan bantuan guaman.

 

1  2
 3 4
 5 6

 

Pelancaran Sistem eKlinik 6G

23 Oktober 2023 - Majlis Pelancaran Sistem eKlinik 6G yang dirasmikan oleh YB Dato' Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang & Reformasi Institusi)

Copy of Pelancaran eklinik
395202678 743334734506804 6584379037070904394 n 395205981 743334701173474 3113969308373924882 n
395224061 743334791173465 6254688418299369944 n 395192071 743334727840138 8044959978546653804 n
 395224061 743334791173465 6254688418299369944 n  395368928 743334774506800 9186138757197081134 n