A- A A+

Kunjungan Hormat Bersama Penghulu Mukim Pulau Manis

15.5.2024- Jabatan Bantuan Guaman Negeri Pahang telah mengadakan kunjungan hormat bersama Penghulu Mukim Pulau Manis En Shahrul Azwan Mohd Saferi dan barisan Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JKPP) Mukim Pulau Manis Daerah Pekan bertempat di Rumah Rakit Maraie, Padang Rumbia, Pekan yang dihadiri oleh Puan Najwa binti Hashim, Puan Hasni Adura binti Abdul Jabar, Encik Muhamad Asri bin Remeli dan Puan Norazura binti Yusoff. Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk membincangkan kolaborasi antara jabatan bersama JKPP Mukim Pulau Manis Daerah Pekan dan juga penyelasaran Program Klinik Bergerak (JOW) yang akan diadakan pada 26.8.2024 di Mukim tersebut. Diharapkan program JOW yang bakal diadakan dengan kerjasama pihak-pihak dapat menjadi suatu wadah dalam penyampaian maklumat yang berkesan berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh JBG dari segi khidmat nasihat undang-undang dan bantuan guaman kepada masyarakat setempat khususnya di negeri Pahang.
436344979 876905337816409 8861421031481068797 n 441080046 876905294483080 2385473876683961745 n
441149072 876905281149748 6492766976188662806 n 441169895 876905331149743 8462917671422924706 n