A- A A+

Kunjungan Hormat Bersama Penghulu Mukim Pulau Manis

20 Mei 2024 - Pelancaran van Justice on Wheels (JoW) Sarawak telah dirasmikan oleh Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak yang telah diadakan di Bangunan Pustaka Negeri Sarawak. Pelancaran ini merupakan pelancaran van ketiga dan terakhir bagi van JoW yang telah diperolehi oleh JBG. Sebanyak 5 program JoW Sarawak akan dilaksanakan yang bermula pada bulan Jun dan akan berakhir pada bulan Oktober 2024. Berikut adalah senarai pergerakan program JoW Sarawak 2024 tersebut:
(i) Simunjan;
(ii) Sri Aman;
(iii) Lingga;
(iv) Mukah; dan
(v) Lundu Semantan.
Program JoW ini bertujuan untuk memberi khidmat nasihat secara ‘mobile’ kepada orang ramai di lokasi terpilih. Semasa program dilaksanakan, orang ramai boleh mendapatkan khidmat nasihat dari pegawai-pegawai JBG yang bertugas. Semoga program JoW ini akan memberi manfaat kepada semua.
436150066 880503390789937 3130840095215981858 n 436334146 880503410789935 707489730759426536 n
443719726 880503417456601 4670023205750849038 n 443818853 880503447456598 8489281697263189816 n