JEMPUTAN KE PROGRAM JELAJAH KEHAKIMAN PAHANG 2025
Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dengan sukacitanya menjemput orang awam khususnya warga Kuantan dan seluruh negeri Pahang untuk hadir memeriahkan Program Jelajah Kehakiman Pahang 2025 yang akan berlangsung seperti berikut:
📅 Tarikh: 10 - 11 Mei 2025 (Sabtu & Ahad) 📍 Tempat: Kuantan City Mall, Kuantan 🕙 Masa: 10.00 pagi hingga 6.00 petang
Pelbagai aktiviti menarik dan pameran menanti anda! Program ini akan melibatkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan dan swasta, antaranya:
👮♂️ Polis Diraja Malaysia (PDRM) 🚔 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 🏥 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 🏛️ Jabatan Penjara, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Bantuan Guaman (JBG), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Majlis Peguam, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), PTPTN, Amanah Raya Berhad dan banyak lagi.
Antara pengisian program termasuklah: ✅ Khidmat nasihat undang-undang ✅ Pameran interaktif agensi ✅ Informasi berkaitan hak dan tanggungjawab sebagai rakyat ✅ Aktiviti mesra keluarga dan pelbagai lagi
Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga dan rakan-rakan. Jumpa anda di Kuantan City Mall!
|