A- A A+

Perbincangan berkenaan Program Kolaborasi antara Jabatan Bantuan Guaman dan Klinik Bantuan Guaman Universiti Malaya

Pada 6 Disember 2017, Jabatan Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBG WPKL) telah mengadakan perbincangan dengan YBhg. Prof Madya Datin Norbani binti Mohamed Nazeri dan Puan Aisyah binti Mohamed Nazeri daripada Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya serta pelajar-pelajar daripada Universiti Malaya yang terlibat dengan program kolaborasi yang julung-julung kali di adakan antara JBG dan Klinik Bantuan Guaman Universiti Malaya (KBGUM). Tujuan utama perbincangan tersebut diadakan adalah bagi mendapatkan maklum balas serta cadangan penambahbaikan terhadap program kolaborasi antara JBG dan KBGUM.

1  

2  3  4    

 

Lawatan YBhg. Datuk Haini binti Hassan ke Jabatan Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pada 29 November 2017, Jabatan Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menerima kunjungan daripada YBhg. Datuk Haini binti Hassan, Ketua Pengarah Bantuan Guaman. Tujuan lawatan tersebut adalah bagi meninjau perkembangan pelajar-pelajar dari Universiti Malaya yang terlibat dalam program kolaborasi yang julung-julung kali diadakan di antara Jabatan Bantuan Guaman dan Klinik Bantuan Guaman Universiti Malaya. YBhg. Datuk juga mengadakan perbincangan bersama Pengarah JBG WPKL dan juga pelajar-pelajar yang terlibat bagi mendapatkan input serta cadangan penambahbaikan bagi program tersebut.

1  

1  3  4  5  

 

Perasmian Klinik Bantuan Guaman Universiti Malaya

Perasmian Klinik Bantuan Guaman Universiti Malaya (KBGUM).

(a)  Tarikh  : 2/10/2017
(b) Masa  9.00 pagi - 11.00 pagi
(c) Tempat  Auditorium Tun Mohamed Suffian, Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya

 

1  2

3  4
 

Mesyuarat Bersama Pegawai JBG 2017

Mesyuarat bersama Pegawai Jabatan Bantuan Guaman 2017 pada 9-11 Oktober 2017 bertempat di Hotel Avillion Admiral Cove Port Dickson Negeri Sembilan

1  2

3  4

5  8

6  7