Sejarah Penubuhan

1954 : Cadangan penubuhan Biro Bantuan Guaman.

1960 : Menerima sepucuk surat yang ditulis oleh "Orthopaedic Almoner" yang ditempatkan di Hospital Besar Kuala Lumpur yang meminta supaya nasihat guaman percuma diberikan kepada pesakit yang mengalami "residual disabilities" yang serius yang pampasan boleh diberikan jika mereka diwakili dari segi undang-undang.

 

Pertubuhan wanita juga mendesak Kerajaan supaya bertindak bagi membantu wanita dan anak-anak mereka dalam tuntutan nafkah terhadap suami mereka dan penjaga kanak-kanak. 

Nasihat dan bantuan guaman hanya terhad kepada:-

  • kakitangan Kerajaan dalam prosiding undang-undang berhubung dengan tugas rasmi (melalui Peraturan-peraturan Pegawai-pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Perintah-perintah Am Bab "D") 1969).
  • Orang miskin dalam "forma pauperis" (melalui Kaedah-Kaedah Mahkamah Agung 1957).
  • Orang yang dituduh atas kesalahan jenayah melibatkan hukuman mati (melalui Kanun Tatacara Jenayah).

Oktober 1969

Perkara ini telah dirujuk kepada Peguam Negara dan beliau menyokong saranan ini.Kemudiannya perkara ini telah dirujuk kepada Kementerian Kehakiman yang kemudiannya meminta nasihat daripada Majlis Peguam yang juga menyokong skim yang dicadangkan ini. Suatu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji perkara ini.

September 1970

Suatu projek perintis telah dilancarkan dengan menyediakan khidmat nasihat bantuan guaman sahaja.

 

Sejumlah RM100,000 telah diperuntukkan untuk tujuan ini. Disebabkan oleh dana yang terhad, adalah perlu skim ini dihadkan bidang kuasanya hanya untuk prosiding tertentu sahaja.

Keutamaan telah diberikan kepada kes kes kekeluargaan yang dikenal pasti memerlukan bantuan segera seperti tuntutan nafkah, penguatkuasaan perintah nafkah dan sebagainya.

 

September 1970  Biro Bantuan Guaman telah ditubuhkan 
1985 Biro diletakkan di bawah Jabatan Peguam Negara
Mei 1995 : Apabila tertubuhnya Kementerian Undang-Undang, Biro diletakkan di bawah Kementerian Undang-Undang.
Jun 1995 : Diletakkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.
16 Januari 2011 : Nama Biro Bantuan Guaman telah ditukar kepada Jabatan Bantuan Guaman.

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.