A- A A+

Literasi Undang-Undang di Penjara Alor Setar, Kedah

09 Januari 2024 - Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah telah mengadakan Program Literasi Undang-Undang bersama tahanan reman yang bertempat di Penjara Alor Setar, Kedah. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan dan pendedahan berkenaan undang-undang dari aspek undang-undang jenayah dan syariah yang boleh dijadikan panduan kepada penghuni di situ. Program ini telah dihadiri oleh Tuan Mohd Zaki Bin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah, Tuan Mohd Faizuan Bin Sulaiman, Penolong Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah dan Encik Yusman Bin Abdul Rasjid, Penolong Pegawai Undang-Undang Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah. Pihak Penjara Alor Setar pula telah diwakili oleh Tuan Mohd Hafiz Bin Abd Latiff, Timbalan Pengarah Penjara Alor Setar, Encik Wan Mohd Salimi Bin Wan Mohd Nasir, Timbalan Penguasa Penjara dan Encik Mohd Nasir Bin Saad, Pegawai Pejabat Pendaftar Penjara. Program sebegini telah berjaya melibatkan seramai 120 orang penghuni termasuk pegawai dan kakitangan Penjara Alor Setar. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Penjara Alor Setar dan diharapkan koloborasi ini dapat terus diperkasakan.

 

418578946 793416122831998 2451490664420175059 n 418568862 793416199498657 2970957686383838503 n
418586354 793416159498661 969265447640534452 n 418949563 793416152831995 3599869994389831698 n