A- A A+

Klinik Guaman bersama tahanan reman Penjara Sungai Buloh, Selangor

29 Februari 2024 (Khamis)- JBG Negeri Selangor telah mengadakan Klinik Guaman bersama-sama tahanan reman di Penjara Sungai Buloh, Selangor. Program ini diadakan untuk memberikan penerangan dan pendedahan berkenaan undang-undang jenayah dan syariah yang boleh dijadikan panduan kepada penghuni di situ. Tuan Muhamad Hisyam bin Zakaria, Penolong Pengarah Kanan Syariah, Puan Saphirra binti Selamat, Penolong Kanan Pengarah, Encik Abd. Rashid bin Salkon dan Puan Suhaida binti Mohd Sobri Penolong Pegawai Undang-Undang Jabatan Bantuan Guaman Negeri Selangor telah memberikan khidmat nasihat kepada seramai 43 orang penghuni. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Penjara Sungai Buloh, Selangor dan diharapkan koloborasi ini dapat terus diperkasakan.

417446991 826200746220202 7048576751033297966 n 417498014 826200719553538 673880426547469014 n
418171499 826200796220197 1054837617802330842 n 419488069 826200799553530 4420345999292961910 n