A- A A+

Konvensyen Kebangsaan mengenai Perlindungan Murid daripada Eksploitasi Seksual

16 Mac 2024 (Sabtu) - Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Negeri Selangor telah dijemput untuk membuka reruai pameran berkaitan Jabatan Bantuan Guaman Selangor dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang di “Konvensyen Kebangsaan mengenai Perlindungan Murid daripada Eksploitasi Seksual” yang telah diadakan di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor yang merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama daripada agensi lain iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK Selangor), Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. Terima kasih Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman(JBG), Dato Norazmi bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Tuan Zamri bin Misman, Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, YB Puan Anfaal Saari, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Pendidikan, YB Puan Fadhlina Sidek, Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, dan Datuk Seri Azalina Othman Said sudi meluangkan masa di reruai kami.

433464854 837220968451513 2104149497916584752 n 419488205 837236751783268 188601851416158930 n
433442501 837220841784859 8846919502268876109 n