A- A A+

Program Justice On Wheels (JOW) Jabatan Bantuan Guaman Sabah

10 Mei 2024 (Jumaat): Program Justice On Wheels (JOW) Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sabah telah diadakan pada hari ini di Masjid Jamek Assalam, Kampung Benoni, Papar dengan kehadiran Ketua Pengarah JBG, Dato' Norazmi bin Mohd Narawi dan disantuni oleh Pengerusi masjid, Tuan Haji Awang Tajudin bin Ampuan Abas. Program JOW adalah satu program khususnya kepada masyarakat diluar bandar mendapatkan khidmat nasihat bagi semua permasalahan undang-undang yang dihadapi oleh mereka. Program JOW ini juga adalah salah satu usaha mempromosikan aktiviti JBG seterusnya melonjakkan lagi visi dan misi JBG bagi memberi perkhidmatan guaman yang berkualiti dan profesional bagi menjamin akses kepada keadilan. Pihak JBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Masjid Jamek Assalam, Kampung Benoni dengan kehadiran pihak pengurusan masjid-masjid daerah Papar dengan kerjasama yang diberikan dan kepada semua warga daerah Papar.
441167390 872847584888851 725793006907175986 n 441246720 872848151555461 4160405842277308984 n
441376600 872848091555467 3993482336569083667 n 441334770 872848161555460 4990166554694673129 n