A- A A+

Perbincangan Kerjasama Strategik antara JBG dan PERDA Pulau Pinang

Pada 8 November 2022 jam 3.30 petang bertempat di Kamar TKP Sivil telah berlangsung perbincangan kerjasama strategik di antara JBG dengan PERDA Pulau Pinang. Hasil perbincangan mencapai persetujuan bahawa pihak PERDA akan melibat urus JBG PP khususnya di dalam Program Mega mereka melibatkan penduduk Pulau Pinang. Perbincangan dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar Perda, Puan Noorhayati Ishak. JBG diwakili oleh Puan Rusita bt Md Lazim, Puan Nurul Huda dan Tuan Saharuddin. Diharapkan kerjasama strategik ini dapat meningkatkan statistik pendaftaran khidmat nasihat dan pemfailan kes Sivil dan Syariah oleh JBG Pulau Pinang. Kerjasama juga membolehkan kedua dua pihak berkongsi maklumat dan data berkenaan orang yang layak dibantu.

313202038 512174137622866 4332133344787350488 n 313424903 512174304289516 1928747593023976600 n