Kunjung Hormat JBG ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
10 November 2022 - Program Kunjung Hormat JBG ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Tujuan program adalah bagi mengadakan perbincangan kerjasama dalam penambahbaikan perkhidmatan bantuan guaman di Negeri Selangor. Delegasi JBG diketuai oleh YBhg. Dato' Wan Jeffry bin Kassim, Ketua Pengarah JBG dan disertai oleh TKP Syariah, TKP Sivil, Pengarah Bahagian Syariah dan Pengarah JBG Selangor. Pihak MAIS telah diwakili oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz, Pengerusi MAIS, Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan SU MAIS, Puan Norlaili Mohammad, Penasihat Undang2 MAIS dan Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS.