A- A A+

Bengkel Hala Tuju Perkhidmatan Bantuan Guaman

11 April 2023 - Satu Bengkel Hala Tuju Perkhidmatan Bantuan Guaman Bagi Kes-Kes Jenayah di Malaysia telah diadakan di Asian International Arbitration Centre Kuala Lumpur. YBhg. Dato’ Wan Jeffry bin Kassim, Ketua Pengarah JBG telah menyampaikan ucaptama dalam tajuk Overview Perkhidmatan Bantuan Guaman di Malaysia; Isu , Cabaran dan Way Foward.
Peserta bengkel terdiri daripada Pengarah Bahagian Ibu Pejabat, Pengarah-Pengarah Negeri dan peguam-peguam daripada YBGK. Bengkel ini berlangsung selama 2 hari bermula dari 11 April sehingga 12 April 2023. Bengkel ini bertujuan untuk memperkasa perkhidmatan bantuan guaman bagi memastikan JBG kekal relevan dalam membantu masyarakat yang menghadapi masalah undang-undang.

340924073 171122712514340 979147615406997845 n   340947782 1311625396452284 489244446442987079 n
340958744 1390150908440363 38269209527424868 n   340988969 912342179976566 3485487154195468416 n
341025777 1431769370943908 9007226011354099967 n   341031138 1437720050303970 3157022376249492434 n
341036804 770776604334643 1053892476625306417 n   341085495 1213042882912537 6844960933994855645 n
341091341 181842558006361 5854158729985886706 n (1)

Lawatan Kerja ke Pejabat JBG Perak

YBhg. Dato' Wan Jeffry bin Kassim, Ketua Pengarah JBG telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat JBG Perak pada 13 Mac 2023. Bagaikan sireh pulang ke gagang, YBhg. Dato KP disambut mesra oleh pegawai dan kakitangan JBG Perak. Lawatan ini bertujuan untuk melihat dan membincangkan pengoperasian dan permasalahan yang dialami oleh pegawai dan kakitangan di JBG Perak.YBhg. Dato’ KP juga mengingatkan warga JBG Perak agar menanam rasa ingin membantu rakyat agar perkhidmatan JBG dapat dirasai oleh golongan rakyat yang kurang berkemampuan mendapat akses kepada keadilan. Lawatan kerja ini telah mendatangkan impak yang positif melalui perkongsian pengalaman YBhg. Dato' KP yang luas dalam bidang perundangan dan pengurusan.

bbga   ggtt
 ggttf    wq

Mesyuarat Kerjasama antara Jabatan Bantuan Guaman dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia

Mesyuarat Kerjasama antara Jabatan Bantuan Guaman dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia telah diadakan pada 9 Mac 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 1, Jabatan Bantuan Guaman, Putrajaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg.Dato' Wan Jeffry bin Kassim, Ketua Pengarah JBG. Antara agenda yang dibincangkan ialah:
1.Isu melibatkan ruang kerjasama JBG dan PGSM
2.Bidangkuasa JBG dan skala bayaran.
3.Isu berkaitan peguam panel.
4.Isu melibatkan kerjasama dengan cawangan PGSM lain.
Perbincangan ini diharapkan dapat memperkasa perkhidmatan bantuan guaman kepada masyarakat yang memerlukan.

1wqsa   2ddsq
3rftd   4ttgr

Kunjung Hormat dan Perbincangan Kerjasama Strategik antara JBG dan Fakulti Undang-Undang, UKM

JBG telah mengadakan Kunjungan Hormat dan perbincangan bagi program kerjasama strategik antara JBG dan Fakulti Undang-Undang (FUU), UKM pada 6 Mac 2023. Delegasi ini JBG diketuai oleh YBhg. Dato' Wan Jefry bin Kassim, Ketua Pengarah JBG bersama YBrs. Puan Rusita binti Md Lazim, Timbalan Ketua Pengarah (Sivil), YBrs. Tuan Zaim bin Md Yudin, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah), YBrs. Puan Rosedalliyaty binti Daud, Pengarah Bahagian Litigasi dan Khidmat Nasihat (Syariah), YBrs. Puan Siti Salwa binti Mohd Nor @ Ghazali, Pengarah Bahagian Pengantaraan (Syariah) dan YBhg Tuan Izzat Syazli bin Murshid, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengantaraan (Syariah).

FUU UKM sebagai tuan rumah diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Jady@Zaidy Hassim, Dekan FUU bersama YBrs. Dr. Mohamad Helmi Md. Said (TD HEJIM), Dr. Mohamad Azhan Yahya (Ketua HEJIM) serta ahli Klinik Literasi & Bantuan Guaman FUU dan ahli pengurusan FUU.

Pertemuan ini membincangkan kerjasama antara JBG dan FUU dalam program Latihan Industri Pelajar, perbincangan kerjasama program literasi & klinik guaman kepada masyarakat dan kerjasama dalam memberikan hebahan berkaitan fungsi dan perkhidmatan bantuan guaman yang disediakan oleh JBG.
Pihak FUU UKM menyambut baik kunjungan hormat ini dan sedia meneruskan perbincangan lanjutan bagi melancarkan program kerjasama yang akan diteruskan.

1ertw   6ygt
44reg   9987yh