A- A A+

Jelajah Kehakiman Melaka 2023

 

Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Melaka telah dijemput sebagai salah satu agensi pempamer di dalam program Jelajah Kehakiman Melaka 2023 yang telah diadakan pada 27 dan 28 Mei 2023 bertempat di Dataran Pahlawan Melaka Megamall dari jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Zamri Bin Bakar, Timbalan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. JBG Melaka telah membuka booth pameran dan klinik guaman di dalam program tersebut. JBG Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur program Jelajah Kehakiman dan juga kepada pelanggan-pelanggan yang telah hadir ke booth JBG Melaka.

 

350851365 1205761409998640 801272356682931804 n tile

Program Mesra Madani anjuran Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak

    Tajuk Program Mesra Madani Setiausaha Persekutuan Sarawak bersama warga Kompleks Persekutuan Kuching
  Tarikh : 11-12 Mei 2023
  Masa : 9.00 pagi-4.00 petang
  Tempat : Bangunan Sultan Iskandar Kuching, Sarawak
  Penganjur : Jabatan Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

347009257 629379289055665 3886252270923690237 n tile