3 November 2023 - Kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Penjara dan mengadakan Muzakarah berkaitan dengan Tatakelola Pesalah dan Banduan Hukuman Mati Mandatori dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat. Sesi kunjungan hormat dan muzakarah ini juga turut disertai oleh YBhg. Dato' Norazmi bin Narawi, Ketua Pengarah JBG berserta pegawai-pegawai JBG, YBhg. Datuk Haji Nordin bin Haji Muhammad, Komisioner Jeneral Penjara beserta pegawai-pegawai penjara serta YBhg. Dato’ Yusaini Amer bin Abdul Karim, Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara. Semoga pertemuan dan perbincangan ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan kerjasama antara JBG dengan Ibu Pejabat Penjara yang telah lama terjalin.