A- A A+

Taklimat Perkhidmatan Jabatan Bantuan Guaman di bawah Akta Bantuan Guaman (Pindaan) 2017 dan Khidmat Pendamping Guaman

JBG Sarawak telah terlibat dalam memberikan ceramah serta penerangan undang-undang berkenaan dengan Khidmat Pendamping Guaman dan Perkhidmatan Jabatan Bantuan Guaman di bawah Akta Bantuan Guaman (Pindaan) 2017 pada ketentuan seperti berikut:

 

 

(a)  Tarikh  : 30 April 2018 (Isnin)
(b) Masa  2.00 petang - 4.30 petang
(c) Tempat  Hotel Imperial Kuching, Sarawak
(d) Jenis Program  Taklimat Prosedur Pengendalian Perintah Perlindungan bagi Program Memulihkan Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan 2017) Dan Prosedur Pengendalian Mangsa Keganasan Rumah Tangga Yang Memerlukan Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO)
(e) Anjuran : Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak

 

Objektif Program:

  1. Memberikan penerangan kepada para peserta berkenaan dengan perkhidmatan JBG dibawah Akta Bantuan Guaman (Pindaan) 2017 yang telah berkuatkuasa pada 1 Disember 2017;
  2. Memberikan penerangan serta mempromosikan kepada para peserta berkenaan dengan Khidmat Pendamping Guaman;
  3. Menjalinkan kerjasama erat antara Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);

 

Menerusi program kali ini, seramai 47 peserta terlibat terdiri daripada pegawai kanan, pegawai dan penolong pegawai JKM gred S29 sehingga S48 seluruh Sarawak. Di akhir program ini, Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Cawangan Sarawak berjaya mencapai objektif ceramah dan telah mempromosikan Akta Bantuan Guaman (Pindaan 2017) serta khidmat pendamping guaman kepada para peserta taklimat.

 

1 2
 3  4