A- A A+

Kumpulan Fiat Justitia

Menjuarai Pertandingan KIK Peringkat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang telah diadakan pada 10 April 2019 di Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur. Pertandingan ini telah disertai oleh sembilan (9) kumpulan KIK dari agensi-agensi di bawah MAIWP.
Projek Kolaborasi Strategik MAIWP – JBG adalah melibatkan asnaf MAIWP yang akan menerima khidmat nasihat dan bantuan guaman syarie secara percuma yang diberikan oleh Jabatan Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan (JBGWP) dan kos guaman akan ditanggung sepenuhnya oleh MAIWP.
Kumpulan Fiat Justitia dianggotai seramai 10 orang ahli terdiri daripada enam (6) ahli daripada MAIWP dan empat (4) ahli daripada JBG. Ketua kumpulan ini adalah Encik Muhammed Zaid bin Mohamed Azlan.
Projek ini telah dimeterai di antara kedua-dua belah pihak pada 20 Disember 2018. Ia memfokuskan kepada dua aspek utama iaitu menghapuskan pelantikan peguam panel swasta MAIWP dengan digantikan dengan peguam JBG dan membangunkan satu sistem yang dikenali sebagai e-SBS (e- Sistem Bantuan Syarie).
Hasil projek ini dapat dilihat dari aspek penjimatan kos yang signifikan terhadap kos pelantikan peguam panel yang selama ini ditanggung oleh MAIWP dan memendekkan tempoh penyelesaian sesuatu kes. Selaras dengan itu, satu sistem e-SBS dibangunkan bagi mengawal selia projek ini.
Setelah menjuarai pertandingan di peringkat MAIWP, Fiat Justitia berhasrat untuk menyertai pertandingan di peringkat yang lebih tinggi seperti di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan peringkat kebangsaan.

 

1

 

a1

 

2