Pekerja Contoh Jun 2019
1)
Nama | : | Sahidan bin Hanapiah | |
Bahagian / Cawangan | : | Bahagian Litigasi dan Nasihat Syariah Ibu Pejabat JBG | |
Jawatan / Gred | : | Pembantu Syariah / LS19 | |
Pencapaian |
: |
Beliau merupakan seorang pegawai yang sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dan amat teliti di dalam urusan kerja. Beliau sentiasa memastikan penyediaan laporan bagi statistik bulanan dan pendaftaran fail kes dibuat dalam tempoh kurang 2 hari mengikut KPI yang telah ditetapkan. Beliau juga aktif dan diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Biro Agama dalam Kelab Sukan Dan Kebajikan BHEUU, Pembaca Doa di BHEUU dan AJK Sukan Kelab Kebara JBG |
|
2)
Nama | : | Maimun binti Mat Jan | |
Bahagian / Cawangan | : | Jabatan Bantuan Guaman Taiping | |
Jawatan / Gred | : | Pembantu Tadbir P/O N19 | |
Pencapaian |
: |
Beliau merupakan seorang yang berdedikasi dan sentiasa menghulurkan bantuan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan dan rakan sekerja. Sebagai seorang yang sentiasa menepati masa, beliau sentiasa memastikan semua laporan yang dipertanggungjawabkan direkodkan dan dilaksanakan mengikut KPI yang ditetapkan. Beliau juga aktif dan telah diberi kepercayaan sebagai Setiausaha Jawantankuasa Penyelaras Penyenggaraan Bangunan Persekutuan Taiping dan Setiausaha Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Persekutuan Taiping. Antara program yang dilaksanakan adalah Program Keselamatan dan Isu-Isu semasa serta Program Rantaian Intergriti bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Majlis Perbandaran Taiping. |
|