jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Aplikasi Online

Laman Sedang Dikemaskini

construction site 1561769 640

Kadar Bayaran Perkhidmatan Peguam Panel

1. Mahkamah Persekutuan
  Perbelanjaan Jumlah Penuh Yang Dibenarkan Semasa Penetapan Kos
  Kos peguamcara dan pelanggan : Lima puluh peratus daripada jumlah yang dibenarkan semasa penetapan kos
Menghadiri hari pertama perbicaraan : RM300.00 bagi sehari atau sebahagian daripada sehari
Menghadiri perbicaraan pada hari berikutnya : RM100.00 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari
Menyiasat, membuat laporan atau memberi pendapat mengenai permohonan untuk bantuan guaman atau untuk memberi nasihat guaman : RM 25.00 bagi setiap jam
  Perjalanan dan pengangkutan
  Menggunakan kereta sendiri : RM0.50 bagi setiap kilometer
Tambang teksi : Kos sebenar
     
2. Mahkamah Rayuan
  Perbelanjaan Jumlah Penuh Yang Dibenarkan Semasa Penetapan Kos
  Kos peguamcara dan pelanggan : Lima puluh peratus daripada jumlah yang dibenarkan semasa penetapan kos
Menghadiri hari pertama perbicaraan : RM200.00 bagi sehari atau sebahagian daripada sehari
Menghadiri perbicaraan pada hari berikutnya : RM75.00 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari
Menyiasat, membuat laporan atau memberi pendapat mengenai permohonan untuk bantuan guaman atau untuk memberi nasihat guaman : RM 25.00 bagi setiap jam
  Perjalanan dan Pengangkutan
  Menggunakan kereta sendiri : RM0.50 bagi setiap kilometer
Tambang teksi : Kos Sebenar
     
3. Mahkamah Tinggi
  Perbelanjaan Jumlah Penuh Yang Dibenarkan Semasa Penetapan Kos
  Kos peguamcara dan pelanggan : Lima puluh peratus daripada jumlah yang dibenarkan semasa penetapan kos
Temubual : RM200.00 (sekali temubual sahaja)
Menghadiri Mahkamah untuk sebutan kes : RM50.00 bagi setiap hari
Menghadiri hari pertama perbicaraan : RM100.00 bagi sehari atau sebahagian daripada sehari
Menghadiri perbicaraan pada hari berikutnya : RM50.00 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari
Menyiasat, membuat laporan atau memberi pendapat mengenai permohonan untuk bantuan guaman atau untuk memberi nasihat guaman : RM 25.00 bagi setiap jam
  Perjalanan dan Pengangkutan  
  Menggunakan kereta sendiri : RM0.50 bagi setiap kilometer
Tambang teksi : Kos Sebenar
     
4. Mahkamah Sesyen
  Perbelanjaan Jumlah Penuh Yang Dibenarkan Semasa Penetapan Kos
  Temubual : RM150.00 (sekali temubual sahaja)
Kos penyediaan Peguam : RM500.00 dan ke bawah tertakluk kepada budi bicara Pengarah
Menghadiri Mahkamah untuk sebutan kes : RM30.00 bagi setiap hari
Menghadiri hari pertama perbicaraan : RM50.00 bagi sehari atau sebahagian daripada sehari
Menghadiri perbicaraan pada hari berikutnya : RM25.00 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari
Menyiasat, membuat laporan atau memberi pendapat mengenai permohonan untuk bantuan guaman atau untuk memberi nasihat guaman : RM 25.00 bagi setiap jam
  Perjalanan dan Pengangkutan
  Menggunakan kereta sendiri : RM0.50 bagi setiap kilometer
Tambang teksi : Kos Sebenar
     
5. Mahkamah Majistret
  Perbelanjaan Jumlah Penuh Yang Dibenarkan Semasa Penetapan Kos
  Temubual : RM150.00 (sekali temubual sahaja)
Kos penyediaan Peguam : RM500.00 dan ke bawah tertakluk kepada budi bicara Pengarah
Menghadiri Mahkamah untuk sebutan kes : RM30.00 bagi setiap hari
Menghadiri hari pertama perbicaraan : RM50.00 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari
Menghadiri perbicaraan pada hari berikutnya : RM25.00 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari
Menyiasat, membuat laporan atau memberi pendapat mengenai permohonan untuk bantuan guaman atau untuk memberi nasihat guaman : RM 25.00 bagi setiap jam
  Perjalanan dan Pengangkutan
  Menggunakan kereta sendiri : RM0.50 bagi setiap kilometer
Tambang teksi : Kos Sebenar

Prosedur Permohonan Peguam Panel

Bagaimana untuk menjadi Peguam Panel

 

Pemohon yang hendak menjadi Peguam Panel hendaklah memohon secara bertulis kepada Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman dengan menyertakan maklumat peribadi dan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan seperti berikut :

 

Nama penuh dan alamat firma guaman;

Pencapaian akademik/kelayakan dan pengalaman dalam bidang perundangan;

Salinan Sijil Amalan Guaman (terkini); dan

Salinan Sijil Peguam Syarie Negeri (terkini dan hendaklah disahkan).

Pengenalan

Peguam panel Jabatan Bantuan Guaman ialah peguam-peguam swasta, terdiri daripada Peguambela dan Peguamcara yang mempunyai sijil amalan guaman yang sah dan telah dilantik oleh Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman untuk mengendalikan kes-kes sivil dan syariah yang diserahkan oleh pihak Jabatan dengan kadar bayaran tertentu yang akan ditanggung oleh pihak Jabatan.

Jenis-jenis kes yang boleh diserahkan kepada peguam panel ialah;

  1. Kes-kes di mana sekiranya kedua-dua pihak layak untuk mendapat bantuan guaman.
    Pengarah Jabatan Bantuan Guaman tidak boleh mewakili atau bertindak bagi mana-mana pihak atau kedua-dua pihak kepada pertikaian berkenaan.
  2. Kes-kes yang melibatkan isu undang-undang yang rumit dan kompleks.
  3. Kes-kes lain yang boleh menyebabkan wujudnya percanggahan kepentingan sekiranya diwakili oleh Jabatan Bantuan Guaman.