jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Nasihat Guaman

Jabatan Bantuan Guaman (JBG) menyediakan perkhidmatan nasihat guaman kepada semua warganegara Malaysia. Berdasarkan kepada Jadual Keempat Akta Bantuan Guaman 1971, nasihat guaman boleh diberikan di dalam semua perkara. Nasihat guaman merupakan nasihat yang diberikan secara lisan di dalam semua soal undang-undang di Malaysia. Fi pendaftaran sebanyak RM10 akan dikenakan untuk perkhidmatan ini.

Pengantaraan

  Pengantaraan Sivil
  Jenis kes yang sesuai untuk pengantaraan ialah -
 
  1. Nafkah isteri dan anak-anak
  2. Aset perkahwinan
  3. Kebajikan anak-anak
  4. Terma-terma pembubaran perkahwinan di bawah petisyen bersama
  5. Kemalangan kenderaan motor yang tidak melibatkan syarikat insurans
  6. Tuntutan pengguna
 
Pengantaraan Syariah
 

1. Menyediakan khidmat pengantaraan melalui proses-proses berikut:

  a)  Mengadakan fungsi pengantaraan dalam tempoh (30) tiga puluh hari dari tarikh perjanjian persetujuan untuk pengantaraan ditandatangani 
  b) Menyaksikan pihak-pihak menandatangani perjanjian persetujuan untuk pengantaraan
  c)  Menjalankan pengantaraan setelah sesuatu kes didaftarkan
  d) Menyediakan perjanjian penyelesaian selepas penyelesaian dicapai oleh pihak-pihak dalam sesi pengantaraan
  e) Menyaksikan pihak-pihak menandatangani perjanjian penyelesaian
  f) Menyerahkan fail kes yang telah melalui proses pengantaraan kepada Bahagian Litigasi dan Nasihat (Syariah) untuk merekodkan penghakiman persetujuan di mahkamah
  g) Mengemaskini Buku Daftar Kes Pengantaraan (Syariah) dan sistem SPK JBG bagi setiap sidang pengantaraan yang diadakan
  h) Menyediakan pliding berkenaan kes yang telah menandatangani perjanjian penyelesaian untuk di bawa ke mahkamah
2.  Mengemaskini statistik dan laporan berkaitan Pengantaraan Syariah setiap bulan bagi ibu pejabat dan cawangan JBG seluruh Malaysia. 
3. Memantau, menyelia dan memberikan bantuan perlu kepada cawangan JBG berhubung dengan khidmat Pengantaraan Syariah.
4. Memberi penerangan tentang fungsi dan peranan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) kepada mesyarakat dan orang ramai berkaitan  dengan undang-undang Syariah.

  Jenis kes yang sesuai untuk pengantaraan ialah:
1. Nafkah Isteri
2. Nafkah Iddah
3. Nafkah Anak
4. Tunggakan Nafkah
5. Ubah Perintah Nafkah
6. Hak Jagaan Anak
7. Mutaah
8. Hibah
9. Wasiat
10. Hutang Perkahwinan
11. Gantirugi Pertunangan

 

Litigasi

Litigasi Syariah

1. Memberikan khidmat nasihat :

  • Memberi nasihat dalam kes-kes syariah yang dikendalikan di Ibu Pejabat
  • Memberi nasihat undang-undang secara lisan kepada mana-mana pemohon mengenai undang-undang di Malaysia.
  • Menyemak statistik dan laporan kes Nasihat Syariah di Ibu Pejabat dan cawangan untuk dihantar ke Unit ICT dan mesyuarat pengurusan
  • Merangka, menyelia dan melaksanakan program-program kursus, latihan, bengkel dan sebagainya untuk pelbagai peringkat pegawai dan kakitangan cawangan Jabatan Bantuan Guaman yang berhubung kait dengan litigasi dan nasihat.

2. Mewakili anak guam di Mahkamah

  • Menemu duga pemohon bantuan guaman bagi menentukan merit kes dan tahap kemampuan kewangan pemohon.
  • Menemu duga pemohon yang layak diberi bantuan guaman (klien) bagi tujuan mendraf pliding-pliding yang releven.
  • Menyediakan pliding-pliding dan dokumen-dokumen sokongan bagi tujuan litigasi di mahkamah; dan

  • Mewakili anak guam di mahkamah.

  •  Membantu pengurusan kes –kes rayuan yang akan dikendalikan oleh TKP (Syariah

  •  Menyemak statistik dan laporan kes Litigasi Syariah di Ibu Pejabat dan cawangan untuk dihantar ke Unit ICT dan Mesyuarat Pengurusa

  •  Menjalankan kerja penyelidikan mengenai kes-kes Litigasi dan Nasihat Syaria

  •  Memastikan keseragaman tindakan serta prosedur Litigasi dan Nasihat Syariah yang diamalkan di Cawangan-Cawangan.

Umum

Jabatan Bantuan Guaman ialah suatu jabatan Kerajaan yang memberikan khidmat bantuan guaman kepada mereka yang layak berpandukan Akta Bantuan Guaman 1971. Melalui perkhidmatan ini, rakyat yang kurang berkemampuan berpeluang mendapat perkhidmatan guaman pada kadar subsidi daripada Kerajaan sebagai alternatif kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh peguam swasta yang lazimnya melibatkan kos yang tinggi.


Bidang kuasa:
1. Perkara kekeluargaan Syariah
2. Perkara kekeluargaan sivil
3. Perkara sivil

   a. perkara berhubung akta penanam padi 1967

   b. harta pusaka kecil (pembahagian)
   c. kemalangan jalan raya
   d. pemberi pinjam wang
   e. sewa beli 
   f. penyewaan
   g. probet dan surat mentadbir pusaka
   h. pengangkatan
   i. tuntutan pengguna

4. Kes jenayah
   a. Mengaku salah kepada pertuduhan dan membuat rayuan untuk meringankan hukuman
   b. Kesalahan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001
   c. Kesalahan kecil

5. Nasihat guaman atas segala perkara

6. Pengantaraan bagi kes Syariah & sivil

7. Khidmat pendamping guaman

 

Bahagian

 

1. Bahagian Penyelidikan dan Dasar
  • Menyediakan perkhidmatan penyelidikan kepada JBG;
  • Memberi pendapat undang-undang kepada apa-apa perkara berkaitan bantuan guaman yang dirujuk oleh cawangan JBG;
  • Menyediakan draf rang undang-undang dan perundangan subsidiari untuk dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara;
  • Mengumpul maklumat dan data;
  • Menubuhkan pangkalan data bahan undang-undang untuk rujukan.

 

2. Bahagian Pengantaraan, Litigasi dan Nasihat (Sivil)
  • Menyediakan khidmat pengantaraan;
  • Memantau, menyelia dan memberikan bantuan perlu kepada cawangan JBG berhubung dengan khidmat pengantaraan.
  • Mewakili klien dalam prosiding sivil yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga;
  • Mewakili klien dalam prosiding jenayah yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;
  • Memberi nasihat undang-undang secara lisan mengenai apa-apa perkara sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat;
  • Memantau, menyelia dan memberikan bantuan perlu kepada cawangan JBG berhubung dengan bantuan dan nasihat guaman.

 

3. Bahagian Litigasi dan Nasihat (Syariah)
  • Mewakili klien dalam prosiding Syariah yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga;
  • Memberi nasihat undang-undang secara lisan mengenai perkara Syariah; dan
  • Memantau, menyelia dan memberikan bantuan perlu kepada cawangan JBG berhubung dengan bantuan dan nasihat guaman.

 

4. Bahagian Pengantaraan (Syariah)
  • Menyediakan khidmat pengantaraan;
  • Memantau, menyelia dan memberikan bantuan perlu kepada cawangan JBG berhubung dengan khidmat pengantaraan.

 

5. Bahagian Peguam Panel dan Pendamping Guaman
  • Menguruskan pelantikan peguam swasta sebagai Panel Peguam dan menugaskan kes kepada mereka;
  • Memantau kes yang dikendalikan oleh panel peguam dan membuat pembayaran kepada mereka apabila kes selesai;
  • Menguruskan permohonan untuk pemberikuasaan oleh Menteri di bawah subseksyen 10 (2A) dan 12 (3).

 

6. Bahagian Khidmat Pengurusan
  • Melaksanakan pelbagai fungsi yang termasuklah pengurusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran am, teknologi maklumat dan perpustakaan.