A- A A+

Program Chit Chat Integriti: Seminar Pemahaman Undang-Indang Syarak & Sivil 2024

24 April 2024 (Selasa), JBG Negeri Sabah telah membuka reruai pameran dan pertanyaan yang menerangkan fungsi dan peranan JBG kepada para pengunjung di "Program Chit Chat Integriti: Seminar Pemahaman Undang-Indang Syarak & Sivil 2024 Dengan Kerjasama JKDM Zon Sabah dan JAKIM Malaysia bertempat di Dewan Sri Khazali, Menara MAA Kastam Sabah.
439407267 861837765989833 8094487490225691919 n 439503848 861837565989853 6657292625292492673 n
439593494 861837465989863 3988841598791818022 n

Program Mesra Madani SUPS bersama Warga Kompleks Persekutuan Kuching, Sarawak

24 April 2024 (Selasa), Jabatan Bantuan Guaman Sarawak telah menyertai Program Mesra Madani SUPS bersama Warga Kompleks Persekutuan Kuching, Sarawak. Jabatan Bantuan Guaman Sarawak telah membuka Booth Van Bergerak di hadapan bangunan kompleks persekutuan. Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak telah mengunjungi Booth Van Bergerak pada program tersebut.
440582900 862484999258443 6849621699143512546 n 440101585 862485162591760 2951578218399911155 n
438717382 862485189258424 8297969097069987074 n 438734887 862485222591754 4956432042120277572 n

Sesi perbincangan Nota Kerjasama Pengukuhan Sokongan Kepada kanak-kanak Mangsa Jenayah Seksual

19 April 2024 - Sesi perbincangan Nota Kerjasama Pengukuhan Sokongan Kepada kanak-kanak Mangsa Jenayah Seksual antara Jabatan Bantuan Guaman dan Polis Diraja Malaysia yang dihadiri oleh ⁠ Puan Arleen binti Ramly (Timbalan Ketua Pengarah (Sivil) JBG dan wakil dari Urus setia Ketua Polis Negara, PDRM Bukit Aman, Bahagian D11, Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM Bukit Aman, Bahagian D5, Pendakwaan & Undang-undang, Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM Bukit Aman dan Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri.

436313012 858461452994131 2758616510221298055 n 436348094 858461389660804 7503411237080319446 n
436358487 858461426327467 1055324923969890951 n 436431696 858461416327468 3420170050634902352 n
436252950 858461382994138 3178979970048196309 n

MAJLIS PELUNCURAN PELAN STRATEGIK JABATAN BANTUAN GUAMAN 2024

Putrajaya, 23 April 2024 – Selaras dengan Pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia Madani oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pada 13 Oktober 2023 jelas menunjukkan komitmen dan kesungguhan Kerajaan Madani dalam mengutamakan fungsi Jabatan Bantuan Guaman dalam membela nasib rakyat yang susah untuk mendapatkan keadilan yang saksama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB Dato’ Sri Azalina Othman Said di dalam ucapan beliau pagi ini menjelaskan bahawa Jabatan Bantuan Guaman (JBG) merupakan satu-satunya Jabatan Kerajaan yang memberikan perkhidmatan bantuan guaman kepada golongan masyarakat yang kurang berkemampuan di Malaysia sepanjang 50 tahun penubuhannya, selaras dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, beberapa usaha penambahbaikan telah diambil bagi inisiatif untuk meremajakan perkhidmatan bantuan guaman bagi memberi faedah kepada rakyat yang berkelayakan.
Dalam merealisasikan hasrat Kerajaan dalam hal ini, JBG telah merangka Pelan Strategik JBG 2024 – 2028 bagi menetapkan visi dan misi baru Jabatan selari dengan aspirasi Kerajaan untuk menyediakan akses kepada keadilan di kalangan rakyat yang memerlukan. Terdapat 3 teras strategik yang telah digariskan dalam Pelan Strategik ini iaitu-
i.  Teras Strategik 1 Meremajakan perkhidmatan bantuan guaman;
ii. Teras Strategik 2 - Memperluaskan perkhidmatan bantuan guaman;
iii. Teras Strategik 3  - Membudayakan tadbir urus yang mantap ke arah organisasi yang cemerlang
Bagi menterjemahkan Pelan Strategik ini kepada pelaksanaan program yang bermanfaat kepada rakyat, beberapa usaha penambahbaikan telah dirangka di bawah Teras Strategik Pertama, iaitu Program Justice on Wheels (JOW) dan Gerbang iGuaman
438669911 861227596050850 215548583208415593 n 438685165 861227746050835 6411129211384063369 n
438701161 861227636050846 825788071272642475 n 438773475 861227679384175 5276608017135998371 n

KLINIK GUAMAN SIVIL DI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA DAERAH KULIM

Selasa, 23 April 2024 : Klinik Guaman Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah telah diadakan dengan jayanya di Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kulim, Kedah.
Sesi taklimat ringkas telah diadakan sebelum memulakan program. Pelbagai isu dan cabaran telah dibincangkan bersama. Pihak Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah dan JPNM Negeri Kedah saling bertukar pandangan, cadangan dan ilmu sepanjang pertemuan pada hari ini.
Hadir bersama adalah Puan Faraisha Adira Binti Yahya, Pengarah JPNM Negeri Kedah, Penolong-Penolong Pengarah Bahagian dan pegawai-pegawai Bahagian Perkahwinan dan Perceraian (BKC) Negeri Kedah. Manakala, Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah telah diwakili oleh Puan Idarudzana Binti Jusoh, Puan Nur Syamimi Binti Salim dan dibantu oleh Puan Noor Shahana Binti Yakob.
Diharapkan kolaborasi strategik di antara dua jabatan ini dapat diperkukuhkan dan memberi manfaat kepada orang awam khususnya. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan.
439342590 861428859364057 6311167517774061314 n 439319770 861429026030707 2081927664837594539 n
439036046 861428772697399 1744611204612994182 n