A- A A+

Mesyuarat Pengurusan Skim Bantuan Guaman Syarie

13-15 Februari - JBG telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Skim Bantuan Guaman Syarie Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Lembaga Zakat Negeri (LZN) Siri 1 Tahun 2024  di Grand Riverview Hotel, Kota Bharu, Kelantan.
Mesyuarat ini juga telah dipengerusikan oleh Tuan Zaim bin Md Yudin, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) dan dihadiri oleh beberapa Pengarah Bahagian, Pengarah JBG Negeri dan Ketua Cawangan JBG.

 

426537495 817403183766625 2036991947328336702 n 426545529 817403193766624 8894376007855477604 n
426563262 817403227099954 3762010581345990798 n 427866656 817403230433287 989381077122429077 n

Forum Perdana Israk Mikraj

9 Februari 2024, Jabatan Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBG WPKL) telah dijemput untuk menjadi moderator forum yang dianjurkan oleh Bahagian Sokongan Keluarga Seksyen Wilayah Persekutuan, Unit Adab dan Nilai Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Seksyen Sulh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan secara bersama Seminar Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam 2024 di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Antara pengisian program ini adalah forum Perdana Israk Mikraj Keluarga Sakinah yang mengetengahkan tema Keluarga Sakinah Menjamin Keutuhan Institusi Kekeluargaan dengan dibarisi oleh panelis yang berkepakaran antaranya Tuan Azharizal bin Arshad, Pegawai Sulh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Tuan Mohd Zamri bin Abdul Hazis, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sokongan Keluarga Seksyen Wilayah Persekutuan dan moderator forum pula Puan Anith Nadirah binti Abu Bakar, Penolong Pengarah (Syariah) di JBG WPKL.
JBG WPKL juga telah membuka reruai pameran dan pertanyaan yang secara langsung menerangkan fungsi dan peranan JBG WPKL kepada para pengunjung yang terdiri daripada para guru dan kakitangan pentadbiran sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

426514833 816760140497596 3707360841791129443 n 426395897 816812893825654 4623574341009898983 n
427755618 816812853825658 5024614793635959550 n 426416992 816812837158993 3502526563723038090 n

Reruai Jelajah Insolvensi

5 Februari 2024 - Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sarawak telah dijemput untuk membuka reruai Jelajah Insolvensi pada 5 Februari 2024 di Tingkat 17 Bangunan Sultan Iskandar, Kuching, Sarawak

 

425545294 812040354302908 4882571573394579814 n 425902257 812040324302911 7674687794714537787 n

Literasi Undang-Undang di Penjara Alor Setar, Kedah

09 Januari 2024 - Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah telah mengadakan Program Literasi Undang-Undang bersama tahanan reman yang bertempat di Penjara Alor Setar, Kedah. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan dan pendedahan berkenaan undang-undang dari aspek undang-undang jenayah dan syariah yang boleh dijadikan panduan kepada penghuni di situ. Program ini telah dihadiri oleh Tuan Mohd Zaki Bin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah, Tuan Mohd Faizuan Bin Sulaiman, Penolong Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah dan Encik Yusman Bin Abdul Rasjid, Penolong Pegawai Undang-Undang Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah. Pihak Penjara Alor Setar pula telah diwakili oleh Tuan Mohd Hafiz Bin Abd Latiff, Timbalan Pengarah Penjara Alor Setar, Encik Wan Mohd Salimi Bin Wan Mohd Nasir, Timbalan Penguasa Penjara dan Encik Mohd Nasir Bin Saad, Pegawai Pejabat Pendaftar Penjara. Program sebegini telah berjaya melibatkan seramai 120 orang penghuni termasuk pegawai dan kakitangan Penjara Alor Setar. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Penjara Alor Setar dan diharapkan koloborasi ini dapat terus diperkasakan.

 

418578946 793416122831998 2451490664420175059 n 418568862 793416199498657 2970957686383838503 n
418586354 793416159498661 969265447640534452 n 418949563 793416152831995 3599869994389831698 n