Umum

Jabatan Bantuan Guaman ialah suatu jabatan Kerajaan yang memberikan khidmat bantuan guaman kepada mereka yang layak berpandukan  Akta Bantuan Guaman 1971. Melalui perkhidmatan ini, rakyat yang kurang berkemampuan berpeluang mendapat perkhidmatan guaman pada kadar subsidi daripada Kerajaan sebagai alternatif kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh peguam swasta yang lazimnya melibatkan kos yang tinggi.


Bidang kuasa:
1. Perkara kekeluargaan Syariah
2. Perkara kekeluargaan sivil
3. Perkara sivil

   a. perkara berhubung akta penanam padi 1967

   b. harta pusaka kecil (pembahagian)
   c. kemalangan jalan raya
   d. pemberi pinjam wang
   e. sewa beli 
   f. penyewaan
   g. probet dan surat mentadbir pusaka
   h. pengangkatan
   i. tuntutan pengguna

4. Kes jenayah
   a. Mengaku salah kepada pertuduhan dan membuat rayuan untuk meringankan hukuman
   b. Kesalahan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001
   c. Kesalahan kecil

5. Nasihat guaman atas segala perkara

6. Pengantaraan bagi kes Syariah & sivil

7. Khidmat pendamping guaman