
Lawatan YBHG Dato Ketua Pengarah ke JBG Pahang
8 Mei 2025 - YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke JBG Pahang pada 8 Mei 2025. Lawatan kerja rasmi ini adalah bagi tujuan memantau perkembangan ubahsuai ruang pejabat di JBG Pahang. Kerja-kerja ubah suai akan bermula pada 13 Mei 2025 dan dijangka selesai pada Ogos 2025. YBhg Dato’ juga turut bersama dengan pegawai dan kakitangan JBG Pahang dalam sesi perjumpaan dan temu mesra serta YBhg Dato’ turut menyampaikan beberapa amanat kepada warga JBG Pahang. JBG Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Dato’ diatas kesudian meluangkan masa ke JBG Pahang. |
|
![]() |
![]() |